Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Penjagaan Kulit Muka19791/2014• Penjagaan kelembapan kulit dengan jeli khusus 特别果冻保湿护理 • Khusus untuk musim panas 特别时刻夏日季节 • Kelembapan 保湿 • Mengecilkan liang roma 毛孔收缩 • Pemutihan kulit 美白 • Tona kulit sekata 平均色素Majlis Perbandaran MuarPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201409/03012Lulus28/08/201402/09/201408:44:36
Terapi Penggulung Jarum Mikro dan Rawatan Muka Gua Sha7945/2014Terapi Penggulung Jarum Mikro - Memang Berkesan Pemutihan,Menghilangkan Pigmentasi,Menghilangkan Kedutan, Merawat Parut dan Mengecilkan Pori Rawatan Muka Gua Sha Sental Untuk Kecantikan dan Sental Untuk KesihatanMajlis Bandaraya Johor BahruPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201404/04364Lulus22/04/201424/04/201414:50:25

Kembali ke atas