Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1 membentuk atau me­lukis supaya mempunyai rupa; mem­beri berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kalau tak takut akan mati,
     tak sedunia perang;
kalau tak takut akan alah,
     tak sedunia sabung.

Bermaksud :

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Farmasi Amber Pharmacy 896457-A13518/2017Merupakan kedai farmasi. Amber Pharmacy merupakan nama yang didaftarkan di SSM. 896457-A merupakan nombor SSMMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201703/15682Lulus10/03/201713/03/201716:52:16
Farmasi Amber Pharmacy Dimiliki oleh: Amber Pharmacy Sdn. Bhd. (896457-A) MPJBT(L/I) 2011/03/11015354/2017-Merupakan kedai farmasi. -Amber Pharmacy merupakan nama yang didaftarkan di SSM. -Dimiliki oleh Amber Pharmacy Sdn Bhd. -896457-A merupakan nombor SSM. -MPJBT(L/I) 2011/03/110 merupakan nombor lesen Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201703/16990Lulus16/03/201717/03/201711:58:04
Hong Bao Media/ PitchMark11066/2017"Hong Bao Media" merupakan kata nama khas syarikat yang telah diluluskan oleh Syarikat Suruhanjaya Malaysia. "Pitch Mark" merupakan bahasa inggeris yang bermaksud penjelasan idea Mark Laudi, di mana beliau merupakan salah seorang pengarah di syarikat HDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/17443Lulus19/04/201720/04/201708:05:25
PUSAT RILEK29674/2014Rilek merupakan jenama bagi syarikat kami di mana kami merupakan e-khidmat bagi kerajaa untuk perkhidmatan ujian berkomputer JPJ bahagian 1.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201412/03538Lulus27/11/201402/12/201407:35:01
SIGNAGE12184/2014SALUN KECANTIKAN A WOMEN ONLY SALON (MERUPAKAN SLOGAN SYARIKAT) CAPELLO BY NINA (MERUPAKAN LOGO SYARIKAT) TEL: +03 5523 0338 WWW.CAPELLOBYNINA.COM DIMILIKI OLEH: CAPELLO BY NINA SDN. BHD (1087074 W)Majlis Bandaraya Shah AlamSalunTiadaDBP/KPB/201406/05787Lulus27/06/201427/06/201415:34:16
Vennbio28461/2016"Crystal Tomato Plus" merupakan nama kepada produk. "Ask Your Doctor Today" merupakan tagline produk.TiadaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201606/11184Lulus08/06/201609/06/201617:14:52
PERSADA HASRA23169/2016PERASADA HASRA MERUPAKAN NAMA SYARIKAT INI. PERSADA BERMAKSUD SELURUH. HASRA MERUPAKAN GABUNGAN NAMA PEMILIK IAITU HAPSAH BINTI RAHMAT. MANAKALA AKADEMI KEUSAHAWANAN IALAH AKTIVITI SYARIKAT IAITU MENYEDIAKAN SATU PUSAT LATIHAN UNTUK USAHAWAN MELAKUKANMajlis Daerah PontianHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/10924Lulus16/05/201616/05/201614:22:20
CS Laundry10033/2017SPEED QUEEN merupakan jenama produk World No. 1 in Coin Laundry. merupakan tagline syarikat yang tidak boleh ditukarTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201702/14026Lulus27/02/201727/02/201714:55:12
Mata Education Seminar60594/2016C;laim Construction payment merupakan tajuk seminar Growth Through Expertise merupakan tagline syarikatTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/12762Lulus19/12/201620/12/201611:22:29
PAPAN TANDA UTAMA32918/2015SALUN KECANTIKAN WANITA A WOMEN ONLY SALON (MERUPAKAN SLOGAN SYARIKAT) CAPELLO BY NINA (MERUPAKAN LOGO SYARIKAT) TEL: +03 4265 6800 WWW.CAPELLOBYNINA.COM DIMILIKI OLEH: CAPELLO BY NINA SDN. BHD (1087074 W)Majlis Perbandaran Ampang JayaKosmetikTiadaDBP/KPB/201508/06843Lulus19/08/201521/08/201514:59:34
12345678910...

Kembali ke atas