Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermim­pi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukan­bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diper­oleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana ter­ingat-ingat atau terkenang-kenang akan se­suatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm inga­tan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mus­tahil); impi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mimpi (kata nama)
Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi, maya, rasian;,
Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Siang menjadi angan-angan,
     malam menjadi buah mimpi.

Bermaksud :

Tak pernah dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BUTIK MIMPI MIMPI36065/2015BUTIK MIMPI MIMPIMajlis Perbandaran MuarButikTiadaDBP/KPB/201509/07009Lulus11/09/201511/09/201515:13:15
Butik reka mimpi8991/2017Perkhidmatan perancang perkahwinanTiadaButikTiadaDBP/KPB/201702/12764Lulus20/02/201721/02/201708:42:24
Pejabat urusan reka mimpi11834/2017TiadaTiadaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/14073Lulus03/03/201706/03/201709:40:29
Gkids Billboard - 8x6meter62445/2016- Taman Tema - Alami dan kecapi Mimpi - Akan Datang - Tarikh : 17-26 Disember 2016 - Masa : 10.00 pg. - 10.00 mlm. - Penaja Lokasi - Dengan kerjasamaMajlis Bandaraya Johor BahruHiburanTiadaDBP/KPB/201612/12205Lulus12/12/201615/12/201615:15:25
Gkids Bunting61440/2016- Gkids Taman Tema - Alami dan kecapi mimpi - Akan Datang - Pesta Makanan - Tarikh : 17-26 Disember 2016 - Masa : 10.00 pg. - 10.00 mlm. - Tawaran Hebat - Dengan Kerjasama - Penaja LokasiMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11848Lulus13/12/201614/12/201607:20:41
Gkids Billboard61425/2016- Gkids Taman Tema - Alami dan kecapi mimpi - Akan Datang - Tarikh : 17-26 Disember 2016 - Masa : 10.00 pg. - 10.00 mlm. - Dengan Kerjasama - Penaja LokasiMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11846Lulus13/12/201614/12/201607:19:19
Dare to Dream Dance Studio65484/2016Nama atau perkataan Dare to Dream dimulai semasa kecil bila I mula suka menari and mimpi menjadi penariTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/14020Lulus28/12/201629/12/201610:08:28

Kembali ke atas