Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penggal (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,

2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman, muka surat, helaian, seksyen,

3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,

Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan,

Puisi
 

Penggal puan penggal selasih,
     Penggal keduduk kait-kait;
Tinggal tuan tinggallah kasih,
     Tinggal duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(12)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MADRASAH AR-RABBANIYAH6860/2015MADRASAH AR-RABBANIYAH Syeikh Abdul Latif Batu Gajah Merlimau Melaka KELAS PENGAJIAN TAUHID PENGGAL PERTAMA SETIAP SABTU PUKUL : 9.00 - 10.30 PAGI OLEH : USTAZ FUAD EBNU ALI BIN MOHD ALI BERMULA PADA : 4 APRIL 2015 TB : 017-701 0501 TB : 017Majlis Perbandaran JasinPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201503/04993Lulus03/03/201504/03/201508:02:36

Kembali ke atas