Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau dilulus­kan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. 2 sempurna perbuatannya kerana me­nurut hukum atau syarat-syaratnya; tidak batal: Kalau meneguk air dgn sengaja, walaupun seti­tik, tidak ~lah puasanya. 3 tidak salah lagi; benar; nyata: Khabar yg diceritakannya itu memang ~. mengesahkan menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Paparan Iklan Pejabat19843/2014PULANG SELAMAT DAN SAH Untuk Pekarja Asing Tanpa Izin (PATI) Warga Bangladesh SAH SEHINGGA 31 DESEMBER 2014 *Miliki Pasport yang Sah atau sudah tamat tempoh **Tiada permit kerja atau permit kerja sudah tamat tempoh Hanya Syarikat Kericom dilantDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03235Lulus04/09/201404/09/201411:39:28
Digi- Wakil sah4931/2016Wakil Sah DIGI BUSINESSPihak Berkuasa TempatanTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201602/06884Lulus29/01/201602/02/201614:21:36
Pengedar Sah Tenggara Telecentre16489/2014Pengedar Sah Tenggara TelecentreMajlis Daerah Kota TinggiTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201407/05525Lulus18/07/201422/07/201409:39:48
Pengedar Sah Solitel Sdn Bhd10084/2014Pengedar Sah Solitel Sdn Bhd 650515-T CELCOMMajlis Bandaraya Johor BahruTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201405/04230Lulus16/05/201419/05/201411:21:29
WAKIL SAH MYEG15213/2015WAKIL SAH PEMBAHARUAN PERMIT KERJA ASING DAN PEMBANTU RUMAHMajlis Daerah BetongPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201504/08007Lulus22/04/201524/04/201510:47:20
PENGEDAR SAH LP GAS STORE59360/2016PENGEDAR SAH LP GAS STOREMajlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/14598Lulus24/11/201625/11/201615:34:41
wakil pengedar yang sah29132/2016wakil pengedar yang sahMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/11648Lulus13/06/201614/06/201607:53:11
WAKIL PENGEDAR YANG SAH PETRONAS29355/2017PETRONAS, Wakil Pengedar yang Sah, RIYAN S ENTERPRISE, 001678710-U, GAS PETRONAS, B-G-11, Jalan SP 11/1, Sri Peristana Business Center, Sungai Buloh, 47000, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 012-3348161Majlis Daerah Kuala SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/17437Lulus18/05/201718/05/201712:27:04
PEMBERI PINJAMAN WANG BERLESEN7798/2014MONEY AIM ENTERPRISE 03-55193393 NO.LESEN :WL5613/10/01-4/070514 TEMPOH SAH LESEN:07/05/2014 NO PERMIT :WP5613/1001-4/070514 TEMPOH SAH PERMIT :07/05/2014 KADAR FAEDAH 12% TAHUNAN (BERCAGAR) DAN 18% TAHUNAN (TANPA BERCAGAR) NO.41A(TKT 1),JALAN UTASMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04063Lulus22/04/201422/04/201411:40:46
(BANNER) SAMBUTAN PERAYAAN CHAP GOH MEI3948/2017No.Lesen Pemaju:6418-29/10-2018/0786(L) | Tarikh Sah: 16/10/2016 hingga 15/10/2018 | Permit Pengiklanan & Jualan: 6418-29/10-2018/0786(P) |Tarikh Sah: 16/10/2016 hingga 15/10/2018 | Pihak Berkuasa Yang Meluluskan Pelan Banguanan: Majlis Perbandaran JohorPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/13948Lulus19/01/201720/01/201710:31:01
12345678910...

Kembali ke atas