Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,

Peribahasa

Tinggi disusupi,
     rendah dilangkahi.

Bermaksud :

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Saksama Medik Sdn Bhd27243/2016PEJABAT URUSAN SAKSAMA MEDIK SDN. BHD. DIMILIKI OLEH: SAKSAMA MEDIK SDN BHD (1159212-T) NO.LESEN MPSJMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201606/10057Lulus01/06/201603/06/201609:58:00

Kembali ke atas