Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : Mn; menyarung mencelah (per-kataan orang), menyampuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1 = kain ~ kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). 2 salut yg dibuat drpd kulit (kayu dll) tempat menyimpan keris dll: ~ keris; ~ pedang. 3 sesuatu yg digunakan utk menyalut atau utk menyampul sesuatu yg lain: ~ bantal; ~ surat. bersarung 1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung. menyarungkan 1 memasukkan se­suatu ke dlm sarung: ~ pedang. 2 mengenakan atau memasuk­kan pa­kaian dsb ke badan: ~ cincin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT LANGSIR25348/2014Pakar dalam semua jenis Langsir, Sarung Kusyen dan Sarung Tilam dan lain-lain Specialize in all kinds Curtains, Cushion Cover & Mattress Cover Etc.TB : 019-741 9848 / 019-7396561 TEL.: 07-663 4677 NO. 838, JALAN TERATAI 36/37, BANDAR INDAHPURA, 81000 KTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05540Lulus20/10/201421/10/201407:36:11
LIEW KAM KONG25948/2014Pakar dalam semua jenis Langsir, Sarung Kusyen dan Sarung Tilam dan lain-lain Specialize in all kinds Curtains, Cushion Cover & Mattress Cover Etc. TB : 019-741 9848 / 019-7396561 TEL.: 07-663 4677 NO. 838, JALAN TERATAI 36/7, BANDAR INDAHPURA, 81000Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/06082Lulus27/10/201428/10/201409:43:54
Pemborong Sarung Kaki64920/2016Pemborong Sarung KakiMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201612/13977Lulus28/12/201629/12/201609:17:26
PUSAT PEMBUNGKUSAN SARUNG TANGAN60185/2016PUSAT PEMBUNGKUSAN SARUNG TANGANMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/10415Lulus30/11/201601/12/201609:43:29
PUSAT PEMBUNGKUSAN SARUNG TANGAN60180/2016PUSAT PEMBUNGKUSAN SARUNG TANGANMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/15257Lulus29/11/201630/11/201614:21:00
PUSAT PEMBUNGKUSAN SARUNG TANGAN57680/2016PUSAT PEMBUNGKUSAN SARUNG TANGANMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/14290Lulus23/11/201624/11/201610:07:24
Bengkel Mereka Sarung Kaki Dan Bengkel Belajar Membina Bangunan41446/2015Aktivity seni reka Sarung Kaki dan belajar membina bangunanMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/09580Lulus22/10/201522/10/201509:45:48
pembuka tekstil rumah18188/2014pembuka tekstil rumah, pemborong cadar, sarung bantal, alas kaki, langsir, alas meja, sarung kusyen, selimut, tikar dan hiasan dalaman rumah. dimiliki oleh : pembuka tesktil rumahMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201408/03479Lulus12/08/201413/08/201416:09:24
pembuka tekstil rumah17881/2014PEMBUKA TEKSTIL RUMAH, PEMBORONG CADAR, SARUNG BANTAL, ALAS KAKI, LANGSIR, ASLA MEJA, SARUNG KUSYEN, SELIMUT, TIKAR DAN HIASAN DALAMAN RUMAH. DIMILIKI OLEH : PEMBUKA REKSTIL RUMAHMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201408/03439Lulus07/08/201413/08/201412:27:07
KILANG MEMBUAT SARUNG KUSYEN KERUSI PESAWAT (MANUFACTURING OF AIRCRAFT INTERIOR SEAT CUSHION COVER)21470/2014BERKAITAN DENGAN PERNIAGAAN SYARIKATMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/04461Lulus15/09/201419/09/201415:06:58
123

Kembali ke atas