Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Kalanchoe laciniata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1 tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin: Dia berasa lega selepas minum air ~ segelas. 2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. menyejukkan 1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang. kesejukan 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (mis kipas): mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,

Puisi
 

Sejuk kuda jalan ke barat,
     Ambil kain buat panji;
Muda dia jangan diharap,
     Ambil kain buatkan ganti.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai dirahap kain basah.

Bermaksud :

Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
suzie frozen food27617/2014Pembekal Makanan Sejuk Beku Menjual makanan sejuk beku seperti Pulut Panggang, Ketupat Palas, Serunding Daging, Serunding Ayam dan Keropok No. 41, Jalan ASR 1, Taman Arked Seri Rambai, 75250 Bukit Rambai, Melaka H/P : 019 617 0781Majlis Bandaraya Melaka BersejarahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/04554Lulus13/11/201413/11/201416:08:58
PENGEDAR MAKANAN SEJUK BEKU MUSLIM3179/2016PENGEDAR MAKANAN SEJUK BEKU MUSLIM MENJUAL DAN MENGEDAR PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU, AYAM ORGANIK, AYAM KAMPUNG, DAGING, PUYUH, PRODUK MAKANAN TIMUR TENGAH, PRODUK MAKANAN SUNAH, PRODUK MAKANAN KESIHATAN, ROTI BURGER, DAGING BURGER...Majlis Perbandaran Pasir GudangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/09709Lulus20/01/201620/01/201611:39:39
KEDAI MAKANAN SEJUK BEKU15620/2016KEDAI MAKANAN SEJUK BEKU OTAK-OTAK DAN SATA POPIA OTAK-OTAK POPIA SATA SAMOSA KARIPAP Aneka Kuih Muih Sejuk Beku Pasti enak dan menyelerakan FB : Pembekal Otak-otak ROZ Kuala Selangor E-MEL : kedairoz@gmail.com 012 272 3224 (zairul othman)Majlis Daerah Kuala SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/09728Lulus04/04/201606/04/201610:16:58
kedai maknan sejuk24766/2015PENJUAL MAKANAN SEJUK BEKU (TIDAK HALAL) HOCK CHAI TECK TRADINGMajlis Perbandaran JasinMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/08677Lulus19/06/201523/06/201515:28:53
Pengedar Makanan Sejuk Beku28046/2017Pengedar Makanan Sejuk Beku S&M Barakhah Food Dimiliki oleh: S&M Barakhah Food No Lesen MPSJ: XXXXXXXXMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/15448Lulus09/05/201711/05/201711:04:43
KEDAI MAKANAN SEJUK BEKU20412/2017KEDAI MAKANAN SEJUK BEKUDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/14770Lulus06/04/201707/04/201711:42:13
Kilang Makanan Sejuk Beku63549/2016Kilang Makanan Sejuk BekuMajlis Perbandaran SelayangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201612/12706Lulus19/12/201620/12/201609:20:54
Menjual Barangan Sejuk Beku59169/2016Menjual Barangan Sejuk BekuMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/14972Lulus28/11/201629/11/201610:51:40
PENJUAL MAKANAN SEJUK BEKU44033/2016PENJUAL MAKANAN SEJUK BEKUMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201609/09582Lulus05/09/201606/09/201615:17:54
PENJUAL MAKANAN SEJUK BEKU44032/2016PENJUAL MAKANAN SEJUK BEKUMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201609/09581Lulus05/09/201606/09/201615:17:28
12345678910...

Kembali ke atas