Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sémak); menyemak 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menye­mak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; 2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu diupahi-nya supaya membersihkan halaman rumah-nya yg ~; 3. ki kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada; ~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil; ~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga; menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengu­sutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id, bp sama emak (ibu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. menyemak 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : /sémak/; menyemak 1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~. semakan hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. penyemakan perbuatan atau hal menyemak: ~ yg dijalankan itu adalah utk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: ja­watankuasa ~ dasar pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SEPANDUK40132/2016TOLONG SEMAK. TERIMA KASIHMajlis Perbandaran Pasir GudangPakaianTiadaDBP/KPB/201608/10191Lulus15/08/201616/08/201609:12:56
Bunting_CNY2306/2017Sila semak untuk pengesahan. Terima kasihMajlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/12859Lulus12/01/201713/01/201709:07:20
MICROMECHANICS50405/2015Sila semak penggunaan Bahasa Malaysia untuk banner, terima kasih.Majlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/07883Lulus11/12/201511/12/201514:30:55
Bunting Telco6517/2015Sila semak untuk pengesahan. Terima kasihMajlis Daerah KulaiTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201502/06533Lulus26/02/201527/02/201508:25:22
Banner5253/2014Sila semak untuk pengesahan Terima KasihMajlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201403/03909Lulus19/03/201420/03/201408:15:43
Percuma Baucar11126/2017Sila semak untuk pengesahan Terima kasihMajlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/13580Lulus01/03/201702/03/201712:04:16
Hari Terbuka54898/2016Sila Semak, terima kasih.Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/11021Lulus04/11/201607/11/201609:53:03
hari pendaftaran53686/2016sila semakTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/15386Lulus28/10/201631/10/201610:14:56
hari pendaftaran53685/2016sila semakTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/15385Lulus28/10/201631/10/201610:13:30
hari pendaftaran53682/2016Sila semakMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/15383Lulus28/10/201631/10/201610:08:34
12345678910...

Kembali ke atas