Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, meleng­kapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyem­purna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis per­kahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Bermaksud :

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SEMPURNA ADVANCE TECHNOLOGY9984/2017LOT G 13: KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI SEMPURNA PHONE STUDIO DIMILIKI OLEH: SEMPURNA ADVANCE TECHNOLOGY SDN. BHD. (1044945-P)Majlis Daerah Hulu SelangorTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201702/13780Lulus24/02/201727/02/201708:19:07
SEMPURNA GADGET REPUBLIC60452/2016KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI SEMPURNA GADGET REPUBLIC Dimiliki oleh:MR JENERAL SDN. BHD. (1177769-M)Majlis Daerah Hulu SelangorMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11236Lulus06/12/201607/12/201609:48:37
SEMPURNA GADGET REPUBLIC65680/2016LOG G13: KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI SEMPURNA GADGET REPUBLIC DIMILIKI OLEH: MR JENERAL SDN. BHD. 1177769-MMajlis Daerah Hulu SelangorTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201701/11592Lulus05/01/201705/01/201714:19:35
PERBANDARAN BERINTEGRASI SEMPURNA25087/20171. PERBANDARAN BERINTEGRASI SEMPURNA 2. KEDIAMAN KLUSTER DUA TINGKAT 3. KEDIAMAN TERES DUA TINGKAT 4. KEDAI KOMERSIAL DUA TINGKATMajlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/18736Lulus26/04/201727/04/201710:05:39
Prestij Kini Lebih Sempurna - sitiawan62293/2016PRESTIJ KINI LEBIH SEMPURNA (Giant Banner - Sitiawan)Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11715Lulus09/12/201613/12/201609:42:17
PRESTIJ KINI LEBIH SEMPURNA (Giant Banner - Cheras)62295/2016Prestij Kini lebih SempurnaPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11668Lulus09/12/201613/12/201609:05:43
PRESTIJ KINI LEBIH SEMPURNA (Window Sticker – Kulai)62294/2016Prestij Kini Lebih SempurnaPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11667Lulus09/12/201613/12/201609:05:21
PRESTIJ KINI LEBIH SEMPURNA (Banner BM)59875/2016PRESTIJ KINI LEBIH SEMPURNA Pandu uji Toyota Innova serba baharu hari ini!Pihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/15011Lulus28/11/201629/11/201612:47:26
PRESTIJ KINI LEBIH SEMPURNA (Street Bunting)59873/2016PRESTIJ KINI LEBIH SEMPURNA Alami Toyota Innova serba baharu di bilik pameran Toyota berhampiran anda sekarang!Pihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/15010Lulus28/11/201629/11/201612:45:10
PENGGABUNGAN SEMPURNA MEGAPOWER12223/2016TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22436Lulus10/11/201623/03/201915:27:21
1234567

Kembali ke atas