Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si] | سيسي

Definisi : 1. bahagian yg di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi: dia lari dr ~ku; lukisan badan ikan itu dilihat dr ~; 2. garisan lurus yg menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi: di tiga ~, dia dikelilingi oleh air; 3. segi, sudut, pihak (pandangan dll): mereka memandang dr ~ mereka sahaja; di sisi 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; ke sisi ke tepi, ke samping; dikesisikan diketepikan, dikesampingkan; bersisi, bersisi-sisian berdampingan, ber­dekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; menyisi 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke sam­ping), menepi; 2. berjalan dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur; menyisikan 1. membawa dll ke sisi (ke tepi); 2. mengetepikan (kerana tidak penting dll), mengesampingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si] | سيسي

Definisi : 1 arah atau bahagian tepi sebelah kanan atau sebelah kiri sesuatu benda: Saya tidak dpt mengecamkannya kerana saya melihat dia dr ~. 2 sudut sesuatu pandangan: Dr ~ masyarakat, perkara itu memang salah. 3 garis yg me­nyempadani sesuatu rajah (segi tiga, segi em­pat dsb). menyisi 1 pergi ke sisi; menepi. 2 berjalan dsb di sepanjang tepi sesuatu; menyusur. menyi­si­kan membawa ke sisi; meletakkan di sisi; mengesampingkan. di sisi 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. ke sisi (pergi dsb) ke tepi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Iklan SISI RF9337/2017RF Printing Kemeja T Baju Korporat Percetakan Sulaman Hubungi 0199118011Majlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201702/13237Lulus21/02/201722/02/201713:18:39
Iklan Sisi RF Printing13225/2014RF Printing.biz KEMEJA-T BAJU KORPORAT PERCETAKAN SULAMAN Hubungi 019 911 8011 Dimiliki Oleh RF Printing (KT0319696-M)Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04929Lulus17/06/201418/06/201412:24:18
PAPAN IKLAN SISI5637/2017FARMASI AHMADMajlis Daerah Hulu SelangorUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201702/09693Lulus01/02/201702/02/201708:57:16
KEDAI DOBI SISI60596/2016KEDAI DOBI 24 JAMMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/10717Lulus02/12/201605/12/201608:42:55
KEDAI DOBI SISI54124/2016KEDAI DOBI 24 JAMMajlis Perbandaran MuarKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/10317Lulus01/11/201602/11/201609:54:31
KEDAI DOBI SISI53291/2016KEDAI DOBI 24 JAMMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/15166Lulus27/10/201628/10/201615:50:32
Papan tanda sisi46756/2016PEJABAT URUSAN f onexox.myMajlis Perbandaran NilaiPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201609/11676Lulus22/09/201623/09/201617:08:14
 FARMASI (Papan Tanda Sisi 2 muka)14013/2017FARMASIMajlis Perbandaran Pasir GudangUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201703/15836Lulus13/03/201714/03/201710:38:21
KEDAI DOBI SELAYANG SISI7944/2017KEDAI DOBI 24 JAMMajlis Perbandaran SelayangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201702/12066Lulus15/02/201716/02/201709:47:09
PAPAN TANDA KEDAI SISI59151/2016FARMASI SEJATIMajlis Perbandaran Sungai PetaniUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201611/14477Lulus23/11/201625/11/201608:51:50
123

Kembali ke atas