Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nya] | تاڽ

Definisi : 1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, me­minta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpe­nyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan per­tanya­an, mempersoalkan: karyanya tidak men­gandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nya] | تاڽ

Definisi : ; ~ jawab soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). bertanya meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. bertanya-tanya berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. menanyai bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. menanyakan 1 bertanya ttg sesuatu; meminta keterangan ttg sesuatu: Dia pergi menemui doktor utk ~ nama penyakit itu. 2 meminta persetujuan seseorang perempuan utk dijadikan isteri; melamar; meminang: Dia menyuruh orang tuanya ~ gadis itu. mempertanyakan menimbulkan se­suatu yg ditanyakan; menjadikan sesuatu sbg bahan bertanya(-tanya); mempersoalkan: Kerana difikirkan ti­dak menjalankan tanggungjawab, orang ra­mai ~ peranan pihak berkuasa. tertanya-tanya 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. pertanyaan 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. penanya orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Kalau beli bunga selengkar,
     Tanya dulu berapa harganya;
Ibarat telur penuh sesangkar,
     Pecah sebiji pecah semua.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai si pekak tertanya-tanya.

Bermaksud :

Sangat ingin mendengar khabar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Papan tanda40968/2016tolong tanya kedai ini ialah jual kasut dennen pakaian, macam ini ialah kedai apa?Majlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/10969Lulus18/08/201619/08/201608:45:08
papan Tanda36407/2016tolong tanya ini galah kedai apa? kedai software?Majlis Perbandaran KluangBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201608/08392Lulus04/08/201605/08/201607:48:52
'SEASON'S GREETING' SELAMAT DATANG 201754729/2016Boleh saya tanya mengapa GST ditukarkan kepada CBP?Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/11260Lulus07/11/201608/11/201614:24:36
MD putu bambu world25160/2014Hilangkan Tanda Tanya CubalahMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05490Lulus17/10/201420/10/201415:46:20
TOYMI TRADING18996/2017TOYMI TRADING KEDAI ALAT PERMAINAN L 1-15 DIMILIKI OLEH: TOYMI TRADING ** Nak tanya kalau letak "Kedai mainan koleksi" dapat diluluskan?Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15088Lulus10/04/201710/04/201715:57:17
penjual dan pembaiki peti ais dan kelengapan restoran29018/2017semua betul yah, tiada tukaran lagikan, customer sya tanya kenapa tukar-tukar?Majlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201705/17654Lulus18/05/201722/05/201711:51:08
LRSS Car wash65211/2016harap maaf diatas pertanya ini. di kawasan kulai kebanyakan car wash mengunakan bahasa english dalam signbroad. coustmer saya tanya kenapa tak boleh..harap faham terima kasihMencuci KeretaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/14165Lulus29/12/201630/12/201608:45:12
Ivan Lam Twenty27769/2014saya telah memaklumkan kepada Puan Rohayu, pelanggan kami sengaja tidak mengolahkan butiran iklan ini dan ingin menjadikan sebagai satu kejutan dan tanda tanyaTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201411/04647Lulus13/11/201417/11/201409:53:20

Kembali ke atas