Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~. 3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya. 4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~. berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikata­kan. meneguhkan 1 menjadikan te­­­­guh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. memperteguh men­jadikan lebih teguh. keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan. peneguhan hal atau perbuatan mene­guhkan; pengukuhan. peneguh se­suatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TEGUH WELDING & ENGINEERING23910/2016TEGUH WELDING & ENGINEERING KEPAKARAN : SPECIALIST PAGAR & JERIJI : GATE & GRILLE KELULI TAHAN KARAT : STAINLESS STEEL POLIKARBONAT : POLYCARBONATE SENGKUAP HIAS & JERIJI : AWNING & WROUGHT IRONMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/13137Lulus26/05/201627/05/201610:40:22
TEGUH WELDING & ENGINEERING19429/2014TEGUH WELDING & ENGINEERING PAKAR DALAM : GATE & GRILLE (PAGAR & JERIJI), STAINLESS STEEL, POLIKARBONAT, AWNING & WROUGHT IRON FADDIR LAUMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201408/04436Lulus27/08/201427/08/201414:15:05
Kain rentang MEGA TEGUH SERVICES22544/2016MEGA TEGUH SERVICES Perkhidmatan TAKAFUL AM dan HAYAT KL RUSLI ALIAS AGENCY ( Logo MYEG ) ( Logo AIA PUBLIC TAKAFUL ) ( Logo TAKAFUL IKHLAS ) No 10 B, Jalan 2/8 Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves Selangor. Tel.: 03 - 6127 9301Majlis Perbandaran SelayangInsuransTiadaDBP/KPB/201605/10134Lulus10/05/201611/05/201608:00:03
TEGUH OIL SDN. BHD.21885/2017KILANG MINYAK DIESEL TEGUH OIL SDN. BHD.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16705Lulus17/04/201718/04/201707:58:37
AAA MUTIARA TEGUH SDN. BHD.2643/2016AAA MUTIARA TEGUH SDN. BHD. KEDAI RUNCIT BAHAN MAKANAN MENTAH KERING KC0031631-TMajlis Perbandaran Sungai PetaniKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/09381Lulus18/01/201618/01/201615:45:32
TEGUH MERINTIS MASA2332/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201707/12927Lulus09/03/201612/07/201717:30:22
TEGUH ALUMINIUM KREATIF52324/2016-Majlis Perbandaran Pasir GudangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201610/14211Lulus22/10/201624/10/201610:23:45
Teguh Mewah Resources44071/2016Nama SyarikatDewan Bandaraya Kuala LumpurMedia CetakTiadaDBP/KPB/201609/09628Lulus06/09/201607/09/201607:56:45
TEGUH MAJURIA SDN BHD ( MBPJ )25217/2016TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/12245Lulus23/05/201624/05/201607:28:36
TEGUH MERINTIS MASA2937/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201605/09311Lulus11/07/201404/05/201615:12:20
12345

Kembali ke atas