Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Nada Tropika22555/2017Nada Tropika - Nada Alam adalah tempat perumahan di Pajam. Tempat pembangunan sekeliling akan dipernuhi dengan pokok tropika dan suasana kehijauan. Penduduk menduduki di kawasan pembangunan ini akan dapat menikmati tempat perumahan yang istimewa denganMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/16886Lulus14/04/201718/04/201710:35:17
Nada Hijauan22558/2017Nada Hijauan di Nada Alam adalah tempat perumahan di Pajam. Tempat pembangunan sekeliling akan dipenuhi dengan pokok-pokok. Penduduk menduduki di kawasan pembangunan ini akan dapat menikmati tempat perumahan yang istimewa dengan persekitaran hijau.Majlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/16885Lulus14/04/201718/04/201710:34:58
Nada Palma22557/2017Nada Palma di Nada Alam adalah tempat perumahan di Pajam. Tempat pembangunan sekeliling akan dipenuhi dengan pokok palma dan suasana kehijauan. Penduduk menduduki di kawasan pembangunan ini akan dapat menikmati tempat perumahan yang istimewa dengan perMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/16887Lulus14/04/201718/04/201710:35:42
kuater penerimaan16951/2014tempat masuk, hotel lobi & tempat letak keretaMajlis Perbandaran KluangPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201408/02797Lulus04/08/201404/08/201411:46:39
SINDORA KINDERGARTEN42030/2016PENDAFTARAN MURID BAHARU DIBUKA PENDAFTARAN SEKARANG TEMPAT PERKEMBANGAN MINDA TEMPAT UNTUK BELAJARMajlis Daerah SegamatPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201608/11926Lulus25/08/201626/08/201609:32:10
KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH48990/2016-Kelas Intensif Cuti Sekolah SUPERSHARKZ -Tempat Terhad - Tertakluk pada tempat dan syarat - Potongan 50% yuran pendaftaran - Daftar sebelum 6 November 2016 - 03 - 55261513 - www.supersharkz.com - fb.supersharkzMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/11445Lulus06/10/201607/10/201608:10:42
KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH48983/2016-Kelas Intensif Cuti Sekolah SUPERSHARKZ -Tempat Terhad - Tertakluk pada tempat dan syarat - Potongan 50% yuran pendaftaran - Daftar sebelum 6 November 2016 - 03 - 61512513 - www.supersharkz.com - fb.supersharkzMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/11442Lulus06/10/201607/10/201608:07:44
KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH48911/2016-Kelas Intensif Cuti Sekolah SUPERSHARKZ -Tempat Terhad - Tertakluk pada tempat dan syarat - Potongan 50% yuran pendaftaran - Daftar sebelum 6 November 2016 - 03 - 80752513 - www.supersharkz.com - fb.supersharkzMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/11481Lulus06/10/201607/10/201608:36:56
TEMPAT ISTIRAHAT2577/2016TEMPAT ISTIRAHAT GROOVEDewan Bandaraya Kuala LumpurHiburanTiadaDBP/KPB/201601/09276Lulus15/01/201618/01/201610:04:36
TEMPAT ISTIRAHAT2185/2016TEMPAT ISTIRAHAT THREESOME SDN. BHD.Dewan Bandaraya Kuala LumpurHiburanTiadaDBP/KPB/201601/09021Lulus14/01/201615/01/201608:34:00
12345678910...

Kembali ke atas