Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Sayang Musalmah memakai tudung,
     Tudung dipakai sebelah kiri;
Apa dikenang kepada untung,
     Untung tak untung diri sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Butik @theloft34412/2015Dapatkan Tudung-Tudung daripada Artis-Artis Terkenal Tanah Air Pakaian Wanita, Lelaki dan Kanak-Kanak, Beg Tangan, Aksesori Wanita, Aksesori Telefon Bimbit dan Barangan LainMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/05732Lulus03/09/201503/09/201511:57:58
PEMBORONG TUDUNG LABUH DAN TUDUNG EKSLUSIF8270/2014PEMBORONG TUDUNG LABUH DAN TUDUNG EKSKLUSIF REALHIJAB COLLECTION TINGKAT MEZANIN, NO. 71-75, SINAR MAS, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 50100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: REALHIJAB COLLECTION (002168132-V)Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04551Lulus26/04/201428/04/201408:14:41
KEDAI PAKAIAN DAN TUDUNG40607/2016KEDAI PAKAIAN DAN TUDUNG NY Tudung House NO. 1.38, TINGKAT SATU, PLAZA CITY ONE, JALAN MUNSHI ABDULLAH, 50100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: NY BEST QUALITY ENTERPRISE (002380771-U)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201608/10607Lulus17/08/201617/08/201615:58:34
AY Hijabs44671/2016Pemborong dan peruncit tudung, aksesori tudung, pakaian, kosmetik, wangian selebriti dan produk kesihatanMajlis Perbandaran SelayangPakaianTiadaDBP/KPB/201609/10031Lulus08/09/201609/09/201609:08:20
KEDAI TUDUNG26012/2017KEDAI TUDUNG FANCY FASHION LOT 01-43A, TINGKAT SATU, KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY, JALAN GELUGOR, 55200 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: SITI BALKHIS FANCY FASHION ENTERPRISE (002632192-W)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201705/14072Lulus01/05/201703/05/201713:21:03
KEDAI TUDUNG61110/2016KEDAI TUDUNG INNOVATIVE RANGE LOT 2.02, TINGKAT 2, PLAZA CITY ONE, JALAN MUNSHI ABDULLAH, 50100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: INNOVATIVE RANGE SDN. BHD. (873620-P)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201612/10898Lulus04/12/201605/12/201615:18:52
KEDAI TUDUNG60746/2016KEDAI TUDUNG Azzuscarf Dimiliki oleh Azzu tradingMajlis Daerah Kuala SelangorPakaianTiadaDBP/KPB/201612/10839Lulus01/12/201605/12/201610:48:30
KEDAI TUDUNG51037/2016KEDAI TUDUNG UMAIMA Enterprise NO. 70/2, BELAKANG JAYALUKAS, LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN, 50100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: UMAIMA ENTERPRISE (002415197-A)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201610/13238Lulus17/10/201618/10/201609:01:38
LELONG TUDUNG43381/2015LELONG TUDUNG!Majlis Perbandaran TemerlohPakaianTiadaDBP/KPB/201510/10620Lulus29/10/201529/10/201513:47:18
KEDAI TUDUNG10368/2015KEDAI TUDUNG SDL TRADING SDN BHD LOT 6-10, PLAZA GM, NO. 12, LORONG HAJI TAIB LIMA, 50350, KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: SDL TRADING SDN BHD (1133774-T)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201503/07835Lulus24/03/201526/03/201512:13:40
12345678910...

Kembali ke atas