Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
tree dolphin21610/2017tadika umur 4-6-tahun kumpulan bermain umur 3 dan ke bawah selepas sekolah umur 7-9 tahun 017 555 9233TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/16842Lulus17/04/201718/04/201709:34:28
Membaca Pada Umur 2 Tahun56429/2016MEMBACA PADA UMUR 2 TAHUN, HANYA DI VITAL YEARS READ AT 2 ONLY AT VITAL YEARS 两岁能阅读英语,只有在VITAL YEARS Untuk kanak-kanak berumur 2-10 tahun DAFTAR SEKARANG!Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/12108Lulus11/11/201614/11/201608:30:20
HARI TERBUKA37304/20151) Daftar Sekarang 2) Umur : 6 Bulan - 3 Tahun 3) Umur : 4- 6 Tahun 4) Masa : 9 Pagi -1.00 Tengah HariMajlis Perbandaran NilaiPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201509/08084Lulus21/09/201522/09/201516:01:03
pusat kecantikan kanak-kanak7059/2014hanya baby umur 0 tahun sahaja hingga umur 6 tahun sahaja ( baby spa and wellnessDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/03540Lulus09/04/201410/04/201408:12:21
Barakah Iftar19651/2016Barakah Iftar Ramadan Buffet Cita Rasa Tradisional Malaysia 8 Jun - 3 Julai 2016 Dewasa RM58+ Umur 7-10 Tahun RM39+ Umur >60 tahun RM 39+ * Percuma untuk kanak-kanak berumur hingga 6 tahun Pembelia Awal Dewasa RM39+ Pembelian sebelum 1 Jun 2016Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/12560Lulus23/04/201625/04/201616:10:02
Barakah Iftar19650/2016Barakah Iftar Ramadan Buffet Cita Rasa Tradisional Malaysia 8 Jun - 3 Julai 2016 Dewasa RM58+ Umur 7-10 Tahun RM39+ Umur >60 tahun RM 39+ * Percuma untuk kanak-kanak berumur hingga 6 tahun Pembelia Awal Dewasa RM39+ Pembelian sebelum 1 Jun 2016Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/12559Lulus23/04/201625/04/201616:09:31
Barakah Iftar19649/2016Barakah Iftar Ramadan Buffet Cita Rasa Tradisional Malaysia 8 Jun - 3 Julai 2016 Dewasa RM58+ Umur 7-10 Tahun RM39+ Umur >60 tahun RM 39+ * Percuma untuk kanak-kanak berumur hingga 6 tahun Pembelia Awal Dewasa RM39+ Pembelian sebelum 1 Jun 2016Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/12558Lulus23/04/201625/04/201616:09:07
fomec's13472/2014JAWATAN KOSONG 1) KERANI AM dan KERANI STOR Berpengalaman dan Separuh Pengalaman Berpengetahuan dalam Asas Komputer Gaji Lumayan Umur 19 - 45 Tahun Perempuan Cina atau Melayu Kelayakan SPM dan ke Atas 2) OPERATOR PENGELUARAN Wanita Umur 19 - 45Majlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201406/05066Lulus18/06/201419/06/201410:06:13
TASKA UMUR 0 - 4 TAHUN34455/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201607/11026Lulus20/07/201621/07/201608:01:39
TASKA UMUR 0 - 4 TAHUN34454/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201607/11220Lulus21/07/201622/07/201608:15:17
12345678

Kembali ke atas