Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hujan,
     tempat berteduh;
panas,
     tempat berlindung.

Bermaksud :

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berteduh1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berteduh1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku;Kamus Dewan Edisi Keempat
berteduh2ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb.Kamus Pelajar
berteduh1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik dia pun ~ di bawah pohon beringin.Kamus Pelajar
khemah(khémah) tempat berteduh yg biasa­nya dibuat drpd kanvas yg disokong oleh tiang dan tali yg diikatkan pd pancang: penduduk-penduduk padang pasir yg tidak menetap di sesuatu tempat, tinggal dlm ~; berkhemah mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam): apabila tiba malam, pengembara-pengembara itu pun bersiap utk ~; perkhemahan 1. perihal berkhemah; 2. kelompok (kumpulan) khemah: sepasukan musuh telah menyerang ~ tentera kita di situ.Kamus Dewan Edisi Keempat
rendang/réndang/ banyak daun dan cabangnya (bkn pokok); rimbun: Mereka berteduh di bawah pokok ceri yg ~ di tepi padang. merendangkan menjadikan rendang: Dlm usaha utk ~ pokok-pokok itu, mereka mencantas dahan-dahan tertentu. kerendangan keadaan rendang: ~ menyebabkan pohon-pohon itu dijadikan tempat berteduh drpd sinaran matahari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
naung, naungan 1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan: dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih; bernaung 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris; bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penye­rahan diri kpd Allah; menaungi 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; pernaungan 1. tempat bernaung, perlin­dungan; 2. perihal (perbuatan dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~; penaungan perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan; penaung orang yg memberi lindungan (ban­tuan, galakan, dll), pelindung.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau kumbang berteduhkerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya;Kamus Dewan Edisi Keempat
perteduhantempat berteduh; (tempat) perlindungan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meneduhJk berteduh;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas