Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil] | کچيل

Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
butir1 benda yg kecil-kecil spt padi: ~ intan; ~ padi. 2 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil atau bulat: tiga ~ telur. 3 ki hal atau perkara yg kecil-kecil ttg sesuatu: Kami memerlukan ~-~ keterangan yg lebih lanjut ttg diri tuan. berbutir berbentuk atau berupa biji-biji kecil: Taburkan baja ~ itu di keliling pangkal pokok. berbutir-butir berbentuk atau berupa butir yg banyak: Sagu yg ~ itu dimakan dgn enak sekali. butiran huraian atau keterangan lengkap ttg sesuatu dgn menyatakan hal-hal yg kecil; perincian: Mereka memberikan pelbagai ~ ttg projek tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rantingbahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh, daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rincihsesuatu yg dipotong atau dikerat kecil-kecil. merincih memotong atau mengerat kecil-kecil; meracik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biji1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hancur1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi. 2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~. 3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali. menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan. kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas. penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuntung IIMn sj tabung kecil (utk bekas garam dll); tebu se~ tebu sekerat yg kecil; menuntung mengerat kecil-kecil (tebu).Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil-kecilandgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
until Ibutir yg kecil-kecil spt pil; seuntil sebutir kecil, sedikit sekali; ® untal.Kamus Dewan Edisi Keempat
serpih1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan men­jadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menuntungmengerat kecil-kecil (tebu).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas