sepenuh | secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuh | 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), menunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu menjadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saksi | orang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan): siapa ~nya dlm perbicaraan tadi?; ada ~ku yg kauambil barang itu; ~ ahli Id saksi yg dipilih kerana keahliannya; ~ alibi Id saksi yg tidak melihat sesuatu peristiwa; ~ dusta Id = ~ palsu saksi yg diada-adakan (tidak benar); bersaksi 1. mempunyai saksi, ada saksi: per-bicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~; 2. menjadikan sbg saksi; ~ ke lutut prb a) men-jadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd orang yg bodoh; bersaksikan mempunyai seseorang sbg saksi: pernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yg memenuhi syarat sbg saksi; menyaksikan 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertam-bah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini; mempersaksikan 1. memperlihatkan sbg bukti, membuktikan: dia ingin ~ kebolehannya kpd rakan-rakannya; 2. memperlihatkan kpd orang lain supaya menjadi saksi; kesaksian keterangan yg diberikan oleh orang yg melihat (mengetahui dll), bukti, kenyataan: sekiranya seseorang drpd saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah; penyaksian perbuatan menyaksikan; penyaksi; ~ mata orang yg melihat sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukti | keterangan yg nyata mengenai sesuatu hal; tanda kebenaran: Kalau kamu memang di pihak yg benar, apa ~nya? ~ diri surat keterangan yg mengesahkan bahawa pembawanya itu memang benar. ~ saksi bukti yg dikemukakan oleh saksi. berbukti mempunyai bukti; ada buktinya. membuktikan 1 menyungguhkan kebenaran sesuatu dgn mengeluarkan bukti: Siapakah antara kamu yg dpt ~ bahawa dunia ini bulat? 2 menjadikan sesuatu diketahui orang; memperlihatkan: Dlm pertempuran itu, beliau telah ~ keberanian dan kecekapannya berperang. terbukti telah nyata kerana ada buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kenyataan | 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tafsir | 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut; juru~ orang yg memberi penjelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukti | keterangan yg nyata mengenai sesuatu hal; tanda kebenaran: Kalau kamu memang di pihak yg benar, apa ~nya? ~ diri surat keterangan yg mengesahkan bahawa pembawanya itu memang benar. ~ saksi bukti yg dikemukakan oleh saksi. berbukti mempunyai bukti; ada buktinya. membuktikan 1. menyungguhkan kebenaran sesuatu dgn mengeluarkan bukti: Siapakah antara kamu yg dpt ~ bahawa dunia ini bulat? 2. menjadikan sesuatu diketahui orang; memperlihatkan: Dlm pertempuran itu beliau telah ~ keberanian dan kecekapannya berperang. terbukti telah nyata kerana ada bukti-buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. | Kamus Pelajar |
tanya | 1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, meminta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpenyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan pertanyaan, mempersoalkan: karyanya tidak mengandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenyataan | 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. | Kamus Pelajar |
kata masukan | kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |