Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)

316

Nobody believes a liar when he speaks the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sumpitansumpit; lurus ~ hendak mengena = lurus-lurus ~ prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
depang; mendepang 1. merentang (meng­hulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri di tengah panas dgn tangannya ~; mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: dia ~ kedua-dua belah tangannya sambil me­lonjak dgn sekuat-kuat hatinya; terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang; depangan hasil mendepang atau men­depangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kedang Iterentang, terhulur lurus (tangan dll); mengedangkan menghulurkan (tangan dll) lurus-lurus, mengejangkan (tangan dll), meluruskan (tangan dll): maka tangan kanan dikedangkannya serta menyembah; terkedang terbaring mengunjur, terkejur: Tuk Wan ~ di atas tilam buruk dlm bilik di anjung dapur; gedang II.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegak-tegak(berdiri dll) lurus-lurus: Mereka disuruh berdiri ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengedangkanmenghulurkan (tangan dll) lurus-lurus, mengejangkan (tangan dll), meluruskan (tangan dll): maka tangan kanan dikedangkannya serta menyembah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendepangmerentang (meng­hulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tegak-tegakberdiri dll lurus-lurus: Mereka disuruh berdiri ~.Kamus Pelajar
menggedangkanmenghulurkan (tangan atau kaki) lurus-lurus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
awan tali airukiran yg lurus-lurus;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggedangkanmenghulurkan (tangan atau kaki) lurus-lurus.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas