mualaf | orang yg baru masuk Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mualaf | orang yg baru masuk Islam. | Kamus Pelajar |
istislam | Ar 1. menyerah diri; 2. masuk Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperisteri | mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masuk Islam | menjadi orang yg beragama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Melayu | nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isteri | 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Islam | agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Islam | 1 tunduk dan patuh pd perintah Allah. 2 = agama ~ agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kpd seluruh manusia: masuk ~ menganut agama Islam; orang ~ orang yg menganut agama Islam. mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. pengislaman perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
resap | hilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material. | Kamus Dewan Edisi Keempat |