Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
saksama1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim.Kamus Dewan Edisi Keempat
saksama1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
saksama 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~.Kamus Pelajar
cermat1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merenungi1. memandang baik-baik, meng­amat-amati dgn saksama, menatap(i): di­renunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam;Kamus Dewan Edisi Keempat
teliti1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa.Kamus Dewan Edisi Keempat
telungkupmenelungkup berbaring di atas perut, menangkup, meniarap, tengkurap, lwn menelentang: dia berbaring di atas katilnya dgn ~ sambil menangis terisak-isak; menelungkupkan menjadikan menelung­kup, menengkurapkan, meniarapkan; menelungkup-menelentangkan ki memberi pertimbangan yg saksama, mempertimbangkan; tertelungkup 1. (jatuh, terletak, terbaring) menelungkup, tertangkup, tertiarap: muka­nya ~ ke tanah bermandi darah yg meng­genang; 2. ki (jatuh) bankrap.Kamus Dewan Edisi Keempat
berenyah-renyah1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat be­renyah-renyah spt orang muda; 2. = me­renyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama).Kamus Dewan Edisi Keempat
berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat be­renyah-renyah spt orang muda; 2. = me­renyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama).Kamus Dewan Edisi Keempat
ceroboh1 tidak senonoh; tidak sopan; kasar (ttg perangai): Perbuatannya terhadap kedua-dua temannya itu sangat ~. 2 tidak dgn saksama; tidak hati-hati: Tiada sesiapa yg mahu menghargai kerjanya yg ~ itu. 3 keji; hina: Gadis yg ~ itu kasar perangainya. menceroboh berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. mencerobohi 1 membuat ceroboh terhadap (kpd): Berani engkau ~ anak penghulu itu? 2 melanggar negeri (kawasan dsb) orang lain. kecerobohan kelakuan ceroboh; ketidaksopanan. pencerobohan perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Me­lihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas