Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)

261

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita.

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
padi I1 beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg buahnya menghasilkan beras, Oryza spp.. 2 buah pokok padi yg masih berkulit. ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat-tempat berair. ~ bukit (huma, ladang) padi yg ditanam di tempat-tempat kering. ~ kunca sistem peminjaman wang yg bayarannya dibuat dgn hasil tuaian padi. ~ mahsuri padi hasil kacukan padi Kedah dgn padi Taiwan yg dpt mengeluarkan hasil dua kali setahun. ~ Malinja padi hasil kacukan padi Malaysia, padi India dan padi Jepun. ~ pulut padi yg berasnya lembut dan lekit. padi-padian segala jenis tumbuh-tumbuhan bangsa padi (spt gandum).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sentri­wal tempat-tempat tertentu; pe­nga­wal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertumpuanhal bertumpu: tempat ~ tempat orang bertumpu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengelilingi duniapergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salapubat yg disapukan pd tempat-tempat yg cedera; ubat sapu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hantu puakaroh jahat yg kononnya menduduki tempat-tempat tertentu; hantu penunggu:Kamus Pelajar Edisi Kedua
kontur, = garisan ~ garisan dlm peta yg menunjukkan tempat-tempat yg sama tinggi letaknya dr aras laut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
puaka1 = hantu ~ roh jahat yg kononnya menduduki tempat-tempat tertentu; hantu penunggu: ~ air; ~ tanah; ~ laut. 2 ki orang yg jahat perangainya; pengacau; perosak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padi bukit (huma, ladang)padi yg ditanam di tempat-tempat kering.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padi bendang (paya, sawah)padi yg ditanam di tempat-tempat berair.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas