sama | Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ | Kamus Pelajar |
bersamaan | 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. | Kamus Pelajar |
sama | 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 melakukan sesuatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Terdapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luang | 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terluang | 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengisikan | memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terluang | 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tong I | 1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah; ~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm ~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya; bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketat | 1 erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol): Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2 ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3 paling ditentang; paling besar: musuh ~. mengetatkan 1 menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2 ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luang I | 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |