Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kré.dit] | کريديت

Definisi : (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pem­bayarannya ditangguhkan; memberi ~ mem­beri pinjaman (hutang), membenarkan (mem­bolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir per­akaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kré.dit] | کريديت

Definisi : /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kredit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pengiktirafan: penghargaan, penilaian, pujian,

2. Bersinonim dengan piutang: pinjaman, ansuran, kemudahan pinjaman.,



Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
hasad. Apabila pengguna sah melawati laman web tertentu yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak dihantar ke lokasi yang sepatutnya, tetapi disalurkan ke sebuah komputer lain yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat tersebut tanpa disedari pengguna. Pengguna hasad kemudiannya akan mengutip maklumat terkumpul penggodam lain berkenaan kegoyahan keselamatan pada sistem komputer atau sistem pengendalian tertentu. Selain itu, ruangan ini juga digunakan untuk mempamerkan data yang dicuri dalam sesebuah sistem komputer seperti maklumat kad kredit pelanggan atau senarai kata laluan pengguna supaya penggodam lain boleh menggunakannya untuk melancarkan serangan pada masa hadapan. parameter pengesahan (Ig. authentication parameter; Br. parameter pengesahsahihan; Id. parameter pengesahan) Parameter yang

Kembali ke atas