Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
akan melanggar dasar keselamatan atau mengelak mekanisma keselamatan. Lihat juga agen ancaman. analisis kegoyahan (Ig. vulnerability analysis; Br. analisis ketakteguhan; Id. analisis kerawanan) Kajian sistematik terhadap suatu sistem maklumat untuk menentukan tahap kecukupan mekanisma keselamatan yang wujud pada sistem maklumat tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menjana data ujian untuk meramal keberkesanan tindakan yang akan diambil oleh mekanisma keselamatan yang digunakan. Kajian Ig. security fault analysis; Br. analisis salah keselamatan; Id. analisis kegagalan keamanan; analisis kegagalan sekuritas) Penilaian yang dilakukan terhadap perkakasan yang digunakan oleh suatu sistem maklumat. Penilaian ini bertujuan untuk menentukan ciri atau tindakan keselamatan yang akan digunakan oleh perkakasan berkenaan apabila suatu kegagalan berlaku. analisis kripto (Ig. cryptoanalysis; Br. kriptoanalisis; Id. kriptoanalisis) Sains matematik yang melibatkan analisis kriptosistem bertujuan untuk

Kembali ke atas