Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.si.tif] | ڤوسيتيف

Definisi : 1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan, menekan­kan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan manfaat dsb: sikap-sikap ~; mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb): beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~ pemikiran anda; kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.si.tif] | ڤوسيتيف

Definisi : 1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
positif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pasti, tentu, tegas, sah, nyata, jelas, terang, benar, sahih, tepat, jitu, muktamad;,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan tidak sah, iaitu negatif yang diperoleh akibat kekurangan atau ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah sah, iaitu positif. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 73 6/6/11 4:01:50 PM 74 nombor pengenalan peribadi nyahsulitan nombor pengenalan peribadi (Ig. personal identification number (PIN); Br. nombor pengenalan peribadi atau perisian pengecam suara. pengesanan berasaskan anomali (Ig. anomaly based detection) Kaedah mengesan suatu kod atau perbuatan hasad berdasarkan perbezaan berbanding aktiviti biasa sistem komputer. Kaedah ini terdedah kepada kesalahan positif, tetapi sesuai untuk mengesan kod atau perbuatan yang belum diketahui. pengesanan berasaskan peraturan (Ig. rule based detection; Br. pengesanan berasaskan peraturan; Id. deteksi berbasis aturan) Kaedah mengesan suatu kod atau

Kembali ke atas