| achkan | akkan | Kesenian | Seni Reka | Kot putih kembang paras lutut, berbutang penuh di hadapan, berkepuk Nehru, pakaian lelaki India. |
| HSL (hue, saturation, limunance) | HSL (rona, penepuan, limunans) | Teknologi Maklumat | Tiada | Model warna ini berasaskan kepada rona, penepuan dan luminans. Rona merujuk kepada nama warna (seperti hijau, biru, merah). Penepuan merujuk kepada kekuatan atau ketulenan warna tersebut. Luminans menunjukkan kecerahan sesuatu warna, contohnya luminans penuh menghasilkan putih dan tiada luminans menghasilkan hitam. |
| shadow bands | jalur bayang | Matematik | Tiada | Semasa mencerap gerhana matahari, beberapa minit sebelum gerhana penuh, jalur yang beriak-riak ini akan kelihatan pada setiap permukaan putih. |
| melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight. |
| Chlorodendron odoratum | Pokok kapal terbang | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini juga dikenali sebagai pokok German dalam famili Asteraceae. Herba jenis rumpai ini merupakan pokok renik berkayu yang tumbuh di kawasan belukar dan tepi jalan yang menerima pancaran matahari penuh. Herba ini mempunayi daun nipis dan tepi daun berombak. Bunganya berwarna putih dan bersaiz kecil. Keseluruhan bahagian tumbuhan berguna sebagai bahan ubat. Daunnya digunakan secara luaran untuk mengubati luka kecil dan menghentikan pengaliran darah, mengubati bengkak isi. |
| teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput |