Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : percakapan (perbualan) orang, buah bibir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulut (kata nama)
1. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan liang, rongga, muncung, muara, kuala, pintu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan percakapan.


Puisi
 

Buah manggis pokoknya rendang,
     Panjat mari pakai tangga;
Mulut manis hati bimbang,
     Takut tak sampai bagai diduga.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bay barbeting telukGeografiTiadaBeting pasir, kelikir atau lumpur yang menyambung dua buah tanjung merentasi mulut sebuah teluk.
TrichomonasTrichomonasPerubatanTiadaSatu genus parasit protozoa berflagelum yang berbentuk buah pear. Pada manusia, terdapat tiga spesies, iaitu T. tenax (parasit komensal dalam mulut), T. hominis (parasit komensal dalam usus) dan T. vaginalis (patogen pada saluran genitalia); T. vaginalis mengakibatkan trikomoniasis.
camphor poisoningkeracunan kamforKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak.
copper poisoningkeracunan tembagaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan sebatian kuprum. Had pendedahan kepada sebatian kuprum ialah 2 ppm. Tanda utama keradinan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan ialah pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan larutan ion kuprum pada kulit secara berulang mungkin menyebabkan tindak balas eritematus, papul, dan granulomatus pada sesetengah individu. Penyedutan semburan yang mengandungi kuprum dikaitkan dengan kejadian kanser paru-paru dan kemungkinan kerosakan hepar. Dalam penemuan makmal, urinalisis mungkin menunjukkan hematuria dan proteinuria yang menandakan kerosakan renal. Penemuan patologi termasuklah perdarahan gastroenteritis dan kerosakan buah pinggang dan hati. Kematian mungkin berlaku akibat pengingesan 10g kuprum(Il) sulfat.
tin poisoningkeracunan timahKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada stanum (II) klorida (formula kimia, SnCl2), iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, dan antiseptik. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, rasa menjeluak, muntah, tenesmus, cirit berair atau berdarah, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik pad a kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi tennasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Had pendedahan ialah 2 �g /L.
zinc sulphate poisoningkeracunan zink sulfatKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan zink sulfat, iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, antiseptik, dan pengawetan kayu dan kulit haiwan. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan pada kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi termasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Dos topikal ialah 0.2 % - 1% larutan dan dos oral ialah 2 g dalam 200 mL air.
colocynth poisoningkeracunan kolosinKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak.
Molineria latifolialembaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Hypoxidaceae dan dikenali juga sebagai lumbah. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Tumbuhan ini menghasilkan bunga berwarna kuning yang keluar pada pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya berbentuk seperti bawang dan mempunyai banyak biji. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah dan merangsang rasa manis dalam mulut. Tumbuhan herba ini hidup liar di kebun dan hutan yang terlindung. Air rebusan akar dan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati demam, jangkitan kuman dalam perut dan saluran kencing. Air rebusan akar bersama buah pinang diminum untuk mengurangkan pengeluaran darah haid berlebihan (menoragia).
croton oil poisoningkeracunan minyak krotonKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedaban kepada minyak kroton, iaitu minyak tak meruap yang diperoleh daripada biji Croton tiglium. Minyak ini merupakan perengsa dan katartiks yang kuat. Dos parah mungkin serendah 1 mL. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit, dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah turun, takikardia, koma, dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi ialah kesesakan dan perubahan degeneratif saluran gastrousus, hati, buah pinggang, dan otak.
Tamarindus indicaAsam jawaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai celagi. Tumbuhan jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8-16 anak daun. Jambak bunga jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitaman. Pokok ini ditanam sebagai makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat anti-radang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk rawatan sembelit, luka, seriawan (ulser mulut), demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia) dan mengurangkan
12

Kembali ke atas