Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adiabatic lapse ratekadar tukaran suhu adiabatikSainsTiadaKadar perubahan suhu melalui proses adiabatik apabila kompok udara naik atau turun. Untuk udara kering (tak tepu) perubahan suhu per unit ketinggian ialah: atau dengan R ialah pemalar gas; pecutan graviti; dan nisbah haba spesifik udara kering pada tekanan malar (Cp) dan isi padu malar (Cv). Kadar tukaran suhu adiabatik kering (DALR) adalah lebih kurang 0.98 oC/100 m (5.4oF/1000 kaki). Untuk udara tepu, susutan suhu dibendung oleh pembebasan haba pendam. Jadi kadar tukaran suhu adiabatik tepu (DALR). Kekurangan ini bergantung pada suhu dan tekanan: pada aras bawah di kawasan latitud sederhana SALR adalah lebih kurang separuh daripada DALR. Oleh sebab gerakan menegak meluas berlaku di troposfera, kadar tukaran suhu purata di kawasan ini berada di antara DALR dan SALR.
encryptionpenyulitanTeknologi MaklumatTiadaProses menukar maklumat ke dalam kod atau sifer supaya orang tidak boleh membaca. Kunci rahsia atau kata laluan adalah diperlukan untuk menyahsulit atau menyahkod maklumat. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin menghantar mesej hello, satu cara untuk menyulitkannya adalah dengan menggantikan setiap huruf dengan huruf sepuluh di hadapannya supaya "hello" disulitkan menjadi "rovi". Teknik penyulitan yang lebih mantap ialah PGP, DES dan SSL.
torturependeraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan.
chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan
potassium dichromate poisoningkeracunan kalium dikromatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan, penyedutan atau pen yentuhan kulit dengan kalium dikromat (formula kimia, K2Cr207), iaitu bahan yang merengsa dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Punca kematian adalah ekoran uremia. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis ekzema yang teruk, dan akibat penyedutan menyebabkan pengulseran yang sembuh perlahan-Iahan, Dos parah adalah lebih kurang 5 g dan had pendedahan ialah 0.05 mg/m3.
ArtifactartifakTeknologi MaklumatTiadaHerotan dalam isyarat video atau audio. Artifak adalah perkara yang tidak dikehendaki dalam imej video. Suatu data yang tidak dikehendaki, tidak mempunyai makna yang terhasil daripada operasi pemprosesan. Contoh artifak ialah herotan visual atau suara yang terhasil akibat penggunaan perisian pemampatan hilang. Artifak juga boleh disebabkan oleh kegagalan perkakasan.
harvest indexindeks tuaianBotaniTiadaNisbah hasil ekonomi berbanding dengan hasil biologi tanaman. Hasil ekonomi ialah isi padu atau berat bahagian tanaman yang menghasilkan nilai ekonomi atau nilai pertanian manakala hasil biologi ialah jumlah akumulasi jisim kering sistem tanaman. Formula pengiraan indeks tuaian adalah seperti yang berikut: Hasil ekonomi x 100 Hasil biologi
dimethyl sulfate poisoningkeracunan dimetil sulfatKimiaForensikKeracunan akibat terdedah kepada dimetil sulfat, iaitu sebatian yang digunakan dalam sintesis organik. Dos parah ialah 1 g - 5 g dan had pendedahan ialah 0.1 ppm. Sebatian ini adalah kaustik terhadap membrane mukus mata, hidung, kerongkong dan paru-paru. Punca kematian biasanya adalah akibat edema pulmonari. Tanda utama keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan ialah kerengsaan yang teramat. Kesan serta-merta akibat pendedahan kepada wap ialah kerengsaan dan eritellla mata yang seterusnya menyebabkan lakrimasi, blefarospasma, dan kemosis. Ini diikuti dengan batuk, suara garau, dan edema lidah, bibir, larinks, dan paru-paru. Jika teringes atau terkena membran mukus secara langsung, ia boleh menyebabkan hakisan sama seperti hakisan asid slilfurik. Penemuan yang paling ketara selepas penyerapan ialah edema pulmonari dan kerosakan hati dan buah pinggang. Dalam penemuan makmal, penentuan hematokrit mllngkin menunjukkan hemokepekatan. Hipoglisemia juga berlaku. Air kencing mungkin mengand
hypothesishipotesisPsikologiPsikologi UmumPernyataan sementara atau jawapan awal terhadap masalah atau hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Dengan kata lain, hipotesis adalah satu agakan atau tekaan logikal tentang sesuatu tingkah laku. Contohnya, jika sesuatu yang mengecewakan boleh meningkatkan motivasi individu yang terlibat, maka hipotesisnya ialah kekecewaan akan meningkatkan motivasi responden.
shear stresstegasan ricihKejuruteraanKejuruteraan KimiaFluks (atau kadar) pemindahan momentum dalam arah bersudut tepat dengan pengaliran bagi aliran lamina. Tegasan ricih berkadar terus dengan kecerunan halaju dan pemindahan momentum adalah disebabkan oleh kecerunan halaju tersebut. Secara fizikal, tegasan ricih ialah daya geseran per unit keluasan bendalir atau dinding. Misalnya, tyx ialah pemindahan momentum komponen x dalam arah pengaliran y; x dan y adalah bersudut tepat.
12345678910...

Kembali ke atas