Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil] | کچيل

Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bantamn 1. small-sized fowl, ayam katik; 2. small, aggressive person, kecil-kecil /cili, lada/ /padi, api/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shiver 2 n (usu in pl) fragment, splinter, serpihan: little ~s of glass covered the footpath, lorong jalan kaki itu penuh dgn serpihan kaca yg kecil-kecil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fragmentationn perpecahan, pemecahan: the dispute led to the ~ of the church into a number of smaller sects, persengketaan itu mengakibatkan perpecahan gereja menjadi sejumlah mazhab yg kecil-kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ornamentn 1. st serving to adorn or decorate, (barang) perhiasan: there were a number of small china ~s on the table, di atas meja itu terdapat beberapa perhiasan tembikar yg kecil-kecil; ear-rings, gold bracelets and silver ~s, subang, rantai tangan emas dan perhiasan perak; 2. decoration, hiasan: the walls are bare, devoid of ~, dinding-dinding itu kosong tanpa sebarang hiasan; 3. (person who adds lustre, beauty to a place) hiasan; (person who adds honour to a place or increase its good reputation) aset: she is an ~ to her profession, dia merupakan aset bagi profesyennya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
littleadj 1. small in size, kecil: a ~ house, rumah kecil; a ~ dog, anjing kecil; 2. young and small, kecil: ~ children, kanak-kanak kecil; the ~ girl is playing with her dolls, budak perempuan kecil itu sedang bermain dgn anak patungnya; when I was ~..., semasa saya kecil dahulu...; 3. brief, (of walk, drive, etc) sekejap: let’s take the child for a ~ walk, mari kita bawa budak ini berjalan-jalan sekejap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
motherevery ~’s son, setiap lelaki: every ~’s son in this camp has a job to do, setiap lelaki dlm kem ini mempunyai tugas utk dilaksanakan; learn st at o’s ~’s knee, belajar semasa kecil-kecil dahulu: I can remember a rhyme I learnt at mKamus Inggeris-Melayu Dewan
small 3. small-scale, kecil: ~ businessman, peniaga kecil; ~ farm, ladang kecil; 4. minor, kecil; (of task) ringan: we had a ~ accident on the way here, kami mendapat kemalangan kecil dlm perjalanan ke sini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
potty 1adj 1. (colloq) foolish, mad, bodoh, gila: What a ~ plan! I won’t be part of it, rancangan bodoh! Saya tak mahu masuk campur; 2. (derog) small, unimportant, kecil(-kecil): he owns a ~ little shop in a back lane, dia memiliki sebuah kedai kecil di lorong belakang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
noveltyn 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
little4. trivial, insignificant, kecil: she worries about ~ things, dia berasa risau ttg perkara-perkara kecil; 5. (used to express feelings of affection, pleasure, sympathy, etc) kecil: they owned a nice ~ cottage in the country, mereka memiliki sebuah kotej yg kecil molek di desa; a ~ old lady opened the door for us, seorang perempuan tua yg kecil membuka pintu utk kami; what a nasty ~ girl, nakal betul budak kecil ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas