Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.cur.kan] | مڠهنچورکن

Definisi : 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.cur.kan] | مڠهنچورکن

Definisi : 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Peribahasa

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
smash 5. (colloq) crush, ruin, menghancurkan: our forces succeeded in ~ing the rebellion, pasukan kami berjaya menghancurkan pemberontakan itu; the scandal that ~ed a promising career, skandal yg menghancurkan kerjaya yg cerah masa depannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crush4. press, squeeze to extract juice, memerah: to ~ grapes for making wine, memerah anggur utk membuat wain; 5. destroy completely, a. menghancurkan, memusnahkan: to ~ a rebellion, menghancurkan pemberontakan; b. (fig.) menghancurkan, memusnahkan; (person), (act.), /meremukkan, menghancurkan/ hati; (pass.), /remuk, hancur/ hati [sso]: he was ~ed by the news, remuk hatinya disebabkan berita itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disintegratevt 1. menghancurkan, meluluhkan: the marked differences in temperature ~d the rocks, perbezaan-perbezaan suhu yg besar menghancurkan batu batan itu; 2. (fig.) menyebabkan [sst] berkecai: the quarrels within the group ~d it, perbalahan dlm kumpulan itu menyebabkan kumpulan tersebut kerkecai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakc. (fig.) destroy st, menghancurkan sst: jealousy broke up their marriage, perasaan cemburu menghancurkan perkahwinan mereka; d. disperse st, menyuraikan sst, menyebabkan /sso, sst/ (terpaksa) bersurai: the police broke up the demonstration, polis menyuraikan tunjuk perasaan itu; a noisy quarrel broke up the party, suatu pergaduhan yg hebat menyebabkan majlis itu bersurai; e. stop (a fight) menghentikan, memperhentikan: the teacher broke up the fight, guru menghentikan pergaduhan itu; ~ it up!, berhenti!; f. cause to fail, mematahkan: heavy bombing broke up the attack, pengeboman yg hebat mematahkan serangan itu; g. (a set) memecahkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
internecineadj (fml) mutually destructive, saling menghancurkan: an ~ civil war, perang saudara yg saling menghancurkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shatter2. wreck, destroy, (act.) memusnahkan, menghancurkan; (pass.) musnah, hancur: an experience that ~d his faith in religion, pengalaman yg menghancurkan keyakinannya thdp agama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spike 1 4. (US) put an end to, menghancurkan: he was able to ~ their plan before any damage was done, dia dapat menghancurkan rancangan mereka sebelum berlaku sebarang kerosakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squash 1 b. crush into pulp, (act.), menghancurkan; (pass.), hancur: the device ~es the fruit and squeezes out the juice,, alat itu menghancurkan buah dan memerah jusnya; the tomatoes will be ~ed if you put them at the bottom of the shopping basket,, tomato-tomato itu akan hancur jika kamu meletakkannya di bahagian bawah bakul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tear2~ st /apart, to shreds, to bits/, (fig.) menghancurkan: his failure in the examinations tore his hopes apart, kegagalannya dlm peperiksaan itu menghancurkan harapannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hack 1~ to; ~ st to bits, (fig.) menghancurkan sst: he has no qualm about ~ing his opponent’s reputation to bits, dia tdk pernah ragu-ragu utk menghancurkan nama baik lawannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas