Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nya] | تاڽ

Definisi : 1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, me­minta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpe­nyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan per­tanya­an, mempersoalkan: karyanya tidak men­gandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nya] | تاڽ

Definisi : ; ~ jawab soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). bertanya meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. bertanya-tanya berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. menanyai bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. menanyakan 1 bertanya ttg sesuatu; meminta keterangan ttg sesuatu: Dia pergi menemui doktor utk ~ nama penyakit itu. 2 meminta persetujuan seseorang perempuan utk dijadikan isteri; melamar; meminang: Dia menyuruh orang tuanya ~ gadis itu. mempertanyakan menimbulkan se­suatu yg ditanyakan; menjadikan sesuatu sbg bahan bertanya(-tanya); mempersoalkan: Kerana difikirkan ti­dak menjalankan tanggungjawab, orang ra­mai ~ peranan pihak berkuasa. tertanya-tanya 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. pertanyaan 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. penanya orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Kalau beli bunga selengkar,
     Tanya dulu berapa harganya;
Ibarat telur penuh sesangkar,
     Pecah sebiji pecah semua.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai si pekak tertanya-tanya.

Bermaksud :

Sangat ingin mendengar khabar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pick 1 can I ~ your brains about something?, saya dengar kamu ahli matematik, bolehkah saya tanya-tanya sedikit ttg sst?; ~ o’s way, melangkah dgn hati-hati: he had to ~ his way over the boggy area, dia harus melangkah dgn hati-hati di kawasan yg berpaya itu; ~ a winner, a. (horse racing)choose winning horse, memilih kuda yg menang; b. make a very good choice, membuat pilihan yg tepat: this time you’ve really ~ed a winner, kali ini kamu betul-betul membuat pilihan yg tepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
question markn 1. tanda /tanya, soal/; 2. (fig.) tanda tanya: there is a big ~ over the fate of the Vietnamese refugees, terdapat tanda tanya yg besar ttg nasib pelarian Vietnam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wonder3. ask oneself, tertanya-tanya: his evasive reply made me ~, jawapannya yg bersifat mengelak membuat saya tertanya-tanya; I keep ~ing about what he said to me, saya tertanya-tanya ttg apa yg dikatakannya kpd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wondervt 1. be curious about, tertanya-tanya: how is he going to do it, I ~?, saya tertanya-tanya bagaimana dia akan melakukannya; I ~ what his reasons were, saya tertanya-tanya apakah alasannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquiringlyadv tanda tanya: her mother raised her eyebrows ~ at her, ibunya mengangkat kening tanda tanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
questioninglyadv inquiringly, dgn penuh tanda tanya: she glanced at me ~, dia memandang sekilas kpd saya dgn penuh tanda tanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pick 1 ~ and choose, (colloq) memilih; (derog) pilih bulu: she’s fortunate to be in the position to ~ and choose the job she wants, dia beruntung krn berpeluang memilih pekerjaan yg dia mahu; she’s the type who ~s and chooses her friends, dia jenis orang yg pilih bulu; ~ so’s brains, (colloq) tanya-tanya sedikit: I hear you’re a mathematician,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
questioningadj inquiring, penuh tanda tanya; (of mind) penuh dgn pertanyaan: she gave me a ~ look, dia memandang saya dgn pandangan yg penuh tanda tanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quizzicaladj (questioning) penuh tanda tanya; (mocking) mengejek: her ~ look told me that she knew more than she wishes to admit, pandangannya yg penuh tanda tanya menunjukkan bahawa dia tahu lebih drpd apa yg ingin diakuinya; ~ smilKamus Inggeris-Melayu Dewan
mysteryn 1. st unexplained or inexplicable, tanda tanya, misteri: why or how she disappeared is still a ~, kenapa dan bagaimana dia hilang masih lagi menjadi tanda tanya; 2. secrecy, misteri: there must be a simple eKamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas