Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.nya.ta.nya] | ترتاڽا-تاڽ

Definisi : 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.nya.ta.nya] | ترتاڽا-تاڽ

Definisi : 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wonder3. ask oneself, tertanya-tanya: his evasive reply made me ~, jawapannya yg bersifat mengelak membuat saya tertanya-tanya; I keep ~ing about what he said to me, saya tertanya-tanya ttg apa yg dikatakannya kpd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wondervt 1. be curious about, tertanya-tanya: how is he going to do it, I ~?, saya tertanya-tanya bagaimana dia akan melakukannya; I ~ what his reasons were, saya tertanya-tanya apakah alasannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guesskeep so. ~ing, (colloq) membuat sso tertanya-tanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wander~ off, (fig.) menyimpang dr tajuk: he ~ed off, leaving us wondering what he meant, dia menyimpang dr tajuk membiarkan kami tertanya-tanya apa maksudnyaKamus Inggeris-Melayu Dewan
arch1vi melengkung; ( of eyebrows) terangkat: the bridge ~ed over the gorge, jambatan itu melengkung merentangi gaung; his eyebrows ~ed upwards questioningly, keningnya terangkat krn tertanya-tanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whyconj mengapa, kenapa: I don’t know ~ you always disagree with me, saya tdk tahu mengapa kamu selalu tdk bersetuju dgn saya; he wondered ~ they had still not arrived, dia tertanya-tanya mengapa mereka masih belum tiba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lie 2 ~ behind, a. exist in the past, sudah berlalu: his lonely bachelor days ~ behind him now that he’s married, zaman bujangnya yg sunyi sudah berlalu krn kini dia sudah berumah tangga; b. be the reason, excuse for st, di sebalik: I wonder what ~s behind their sudden marriage, saya tertanya-tanya apakah agaknya di sebalik perkahwinan mereka yg tergesa-gesa itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lie 2 ~ behind, a. exist in the past, sudah berlalu: his lonely bachelor days ~ behind him now that he’s married, zaman bujangnya yg sunyi sudah berlalu krn kini dia sudah berumah tangga; b. be the reason, excuse for st, di sebalik: I wonder what ~s behind their sudden marriage, saya tertanya-tanya apakah agaknya di sebalik perkahwinan mereka yg tergesa-gesa itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bringb. (particular amount) menjadikan: this generous donation ~s the total to over $1,000,000, derma yg banyak ini menjadikan jumlah lebih drpd $1,000,000; 9. have in store, berlaku, terjadi: one can’t help wondering what the next few years will ~ for him, kita tertanya-tanya apa akan terjadi padanya dlm masa beberapa tahun yg akan datang; 10. draw, menyebabkan: the announcement brought applause from the audience, pengumuman itu menyebabkan para penonton bertepuk; such a rash statement will certainly ~ an angry reaction from the other members of the party, kenyataan yg melulu spt itu pasti akan menyebabkan ahli-ahli parti yg lain marah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bringb. (particular amount) menjadikan: this generous donation ~s the total to over $1,000,000, derma yg banyak ini menjadikan jumlah lebih drpd $1,000,000; 9. have in store, berlaku, terjadi: one can’t help wondering what the next few years will ~ for him, kita tertanya-tanya apa akan terjadi padanya dlm masa beberapa tahun yg akan datang; 10. draw, menyebabkan: the announcement brought applause from the audience, pengumuman itu menyebabkan para penonton bertepuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas