Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
kanjit kain dililit di atas kepalaKanjit ni olos pute.Kain pembalut kepalanya drpd kain putih.budayaBajau
pindung kain basahan (utk laki-laki sahaja)Pindung ni ngabut tuut.Kain basahannya mencecah lutut.budayaBajau
gemol keadaan kain masih basah tetapi hampir keringKesajukan anak aa karna beju nei gemol.Kesejukan anak itu kerana bajunya masih belum kering.keadaan benda dan permukaanBajau
bese’ koyakOlos bese’ benuat lap.Kain yg koyak dibuat lap.keadaan benda dan permukaanBajau
kelangkaan pemberian hadiah kpd kakak kerana adik dahulu berkahwin (cincin atau kain)Ali muan depasang beju sebagai kelangkaan ta’ akak tunang nei.Ali memberikan sepasang baju sbg hadiah kpd kakak kerana bertunang.budayaBajau
raap menutup jenazah dri kepala hingga ke kakiOlos raap ni langkau.Kain yg menutup jenazah itu panjang.adat resam dan yang berkaitanBajau

Kembali ke atas