Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil] | کچيل

Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
madak kaedah menangkap udang kecil dgn cara menarikLo ngedokop siar diki untuk umpon besi.Dia menangkap udang kecil utk dijadikan umpan.pekerjaanBajau
tukan bekas kecil tempat menyimpan benih padi semasa menanam padiTukan buniat lekat ta booh.Tempat menyimpan benih padi semasa menanam padi dibuat drp buluh.budayaBajau
bongos kotorAnak diki aa kama.Budak kecil itu kotor.keadaan benda dan permukaanBajau
malit opo menanda pd telinga dgn kapur apabila anak kecil meninggal duniaMalit opo ta telingo endo nia tekito embo.Mencalit kapur sirih di telinga supaya tidak ternampak makhluk halus.adat resam dan yang berkaitanBajau
papa bulih punggungPapa bulih ni timpus.Punggungnya kecil.anggota tubuh badanBajau
melansa berselerakAnak diki sentiaso muat perion melansa.Budak kecil sentiasa membuat keadaan sentiasa berselerak.keadaan benda dan permukaanBajau
borot buah zakarBorot ni diki dembua.Buah zakarnya kecil sebiji.anggota tubuh badanBajau

Kembali ke atas