Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
ritip tempat menyimpan padi yg dituaiRitip ni binuat makai tuug.Tempat menyimpan padinya dibuat drp pokok nipah.budayaBajau
kelungkung tempat menyimpan air drp ruas bambuKelungkung ni 7 unga boo.Tempat bekas airnya 7 ruas bambu.budayaBajau
ongkob tempat menyimpan padi yg sudah dilerai dr tangkainyaOngkob ni kulit kayu.Tempat menyimpan padi dibuat drp kulit kayu.budayaBajau
biyung tempat menyimpan benih padi dibuat drp pandan atau serdangBiyung ni penoh bani parai.Tempat menyimpan benih padi dipenuhi benih padi.budayaBajau
tukan bekas kecil tempat menyimpan benih padi semasa menanam padiTukan buniat lekat ta booh.Tempat menyimpan benih padi semasa menanam padi dibuat drp buluh.budayaBajau
pesuuk dia’pelasaan lalu di kawasan dapur (tempat pembuangan air basahan dapur)Lang noo’anaknei pesuuk ta’dia’pelasaan untuk merungai/ngalaan korjoon jomo.Ibu menyuruh anaknya masuk dan lalu di bawah dapur tempat pembuangan air utk menjauhi drp terkena ubat guna-guna.adat resam dan yang berkaitanBajau
tambak dapur tempat memasakTambak ni tanah darag.Dapurnya dibuat drpd tanah merah. Bajau
tugal kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah (membuat lubang; tempat dimasukkan benih)Tugal alap makai kayu keros.Kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah sebaiknya kayu keras.budayaBajau
tenaih ususTenaih tungau makanan laan pelua ta dubur.Usus tempat lalu makanan ke dubur.anggota tubuh badanBajau
selayan para di atas dapurSelayan tungan naguhkayu.Para di atas dapur tempat menyimpan kayu.budayaBajau
12

Kembali ke atas