| white gold alloy | aloi emas putih | Perubatan | Tiada | Tiada |
| palladium | paladium | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan VIIIB (atau 10) jadual berkala, simbol Pd, nombor atom 46, berat atom 106.4, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 1554°C, takat didih 2800°C, berbentuk pepejal mulur, berwarna putih, pengalir elektrik yang baik, larut di dalam alkali lakur dan terdapat enam isotop yang stabil. Paladium terdapat semula jadi di dalam bijih platinum, emas dan kuprum dan diekstrak daripada bijih ini. Paladium digunakan untuk membuat aloi, emas putih dalam barang kemas, dan sebagai mangkin. |
| blocking foil | perada jilid | Perpustakaan | Tiada | Kerajang kertas yang disalut dengan perada emas, logam putih, atau pigmen berwarna yang dipindahkan pada kulit atau kulit luar kain buku dengan cara dipanaskan dengan menggunakan pencetakan blok. |
| arsenopyrite | arsenopirit | Geologi | Tiada | Mineral berwarna putih atau kelabu yang terdiri daripada campuran sulfida dan arsenida besi, merupakan bijih arsenik, dan juga mengandungi sedikit emas; FeS2 - FeAs2. |
| calaverite | kalaverit | Geologi | Tiada | Mineral monoklinik yang berwarna putih timah atau kuning gangsa pucat; AUTe2. Mineral ini biasanya mengandungi perak dan merupakan sumber emas yang utama. |
| calaverite | kalaverit | Kimia | Tiada | Mineral monoklinik yang berwarna putih timah atau kuning gangsa pucat; AUTe2. Mineral ini biasanya mengandungi perak dan merupakan sumber emas yang utama. |
| jikey | jikey | Kesusasteraan | Tiada | Teater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh. |