| regional development | pembangunan wilayah; pembangunan serantau | Geografi | Tiada | Pertumbuhan ekonomi dan kebudayaan di dalam sesuatu kawasan. |
| regional analysis | analisis wilayah | Ekonomi | Tiada | Kajian perbandingan tentang pertumbuhan dan pembangunan wilayah dalam sesuatu kawasan geografi. Analisis ini menekankan peranan masa depan sesuatu wilayah terhadap pembangunan ekonomi negara. Analisis wilayah memerlukan faktor seperti data aliran keluaran, pendapatan perseorangan, bilangan penduduk, guna tenaga, dan pengeluaran industri. |
| regional economy | ekonomi wilayah | Ekonomi | Tiada | Kajian ekonomi yang menganalisis pertumbuhan dan pembangunan sesuatu kawasan geografi. Penumpuan selalunya diberi pada penyediaan garis panduan perancangan dan pembangunan wilayah, dan peranan masa depannya dalam ekonomi negara. |
| shift-share analysis | analisis sisih-agih | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu kaedah analisis ekonomi wilayah yang dibuat untuk mengukur prestasi ekonomi wilayah berkenaan dengan menggunakan petunjuk statistik pekerjaan dalam satu industri berbanding dengan prestasi pertumbuhan pekerjaan dalam industri yang sama dalam wilayah yang lebih besar. |
| regional policy | dasar wilayah | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang bertujuan untuk mengubah corak pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah. Dasar ini perlu mengambil kira dara ekonomi dan keadaan fizikal wilayah tersebut. Biasanya dasar ini menitikberatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mengurangkan jurang antara wilayah. |
| regional development | pembangunan wilayah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses pembangunan di dalam sesuatu kawasan tertentu yang menekankan pertumbuhan ekonomi. |
| regional development planning | perancangan pembangunan kawasan; perancangan pembangunan wilayah | Geografi | Tiada | Perancangan pertumbuhan ekonomi dan kebudayaan bagi sesuatu kawasan. |
| regional account | akaun wilayah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Struktur ekonomi wilayah yang digambarkan melalui saling kaitan ekonomi antara sektor-sektor utama. |
| stage theory | teori peringkat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan pertumbuhan ekonomi yang menunjukkan bahawa pembangunan wilayah pada dasarnya merupakan proses perubahan berperingkat-peringkat. |
| backwash effect | kesan rosotan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kesan yang diterima oleh sesuatu kawasan akibat pembangunan ekonomi kawasan atau wilayah yang berhampiran. |