Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subordinate legislationperundangan kecilUndang-undangTiadalihat: subdiduary legislation
bylawundang-undang kecilUndang-undangTiadaSemua aturan, ordinan, peraturan dan kaedah yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa yang lebih rendah daripada dewan perundangan atau parlimen.
princely statenegeri kecil berajaSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang berada di bawah naungan pemerintah berketurunan raja. Putera raja yang memerintah mendapat autonomi terutamanya dalam urusan undang-undang, bahasa, kabinet dan cuti awam manakala bidang lain yang penting tetap dipegang oleh kerajaan kolonial atau pemerintah pusat. Peranan putera raja ini lebih bersifat simbol tanpa mempunyai kuasa eksekutif. Negeri kecil beraja biasanya dikaitkan dengan wilayah diraja India semasa pemerintahan kolonial Inggeris dahulu. Di India semasa kemerdekaannya, terdapat 680 negeri seperti ini yang menghantar wakilnya ke dewan perundangan khas yang dinamakan Dewan Putera-Putera. Contoh negeri beraja ini ialah Hyderabad, Mysore dan Jammu-Kashmir.
wilayah ‘ala mal muta‘addiyyahkuasa pengawasan harta orang lainPerniagaan IslamTiadaKuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus sebarang urusan berkaitan dengan harta orang lain yang tidak sempurna kelayakan untuk mentadbir hartanya sendiri seperti kanak-kanak kecil atau orang gila. Kuasa pengawasan ini terbahagi kepada dua, iaitu sultah asliyyah dan sultah niyabiyyah.
wilayah ‘ala malkuasa pengawasan hartaPerniagaan IslamTiadaKuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus sebarang urusan berkaitan dengan harta seperti mengawasi harta, menanam modal dan tabarru’. Contohnya, kuasa pengawasan harta yang dimiliki oleh seorang bapa atau wasi yang mentadbir hartanya sendiri, harta anaknya yang masih kecil serta pihak yang berada di bawah tanggungannya.
proportional representationperwakilan berkadarSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang berasaskan nisbah penduduk dengan wakil rakyat untuk memastikan setiap kelompok memiliki wakil rakyat di dewan perundangan. Melalui sistem ini, pembahagian kawasan berasaskan jumlah penduduk iaitu penduduk yang ramai akan mendapat lebih ramai wakil manakala yang lebih kecil mendapat wakil yang kurang. Sistem ini mempunyai dua bentuk amalan yang utama iaitu sistem Hare dan List. Dalam sistem ini, pengundi diberikan senarai calon yang bertanding dan mereka diminta memilih beberapa bilangan calon yang ditetapkan, seperti tiga sahaja atau lima sahaja. Sementara itu, satu jumlah purata yang munasabah telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihan raya dan calon yang mengatasi bilangan ini dianggap menang. Walau bagaimanapun, calon yang mendapat jumlah undi yang besar mengatasi jumlah purata boleh memindahkan lebihan undi kepada calon lain dari parti yang sama. Sistem ini berbeza dengan sistem majoriti mudah apabila lebihan undi majoriti tidak boleh dipindahkan. Sinonim sistem berkadar.

Kembali ke atas