| parking requirement | keperluan letak kenderaan | Sosiologi | Tiada | Bilangan tempat letak kenderaan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan ke atas pemaju berdasarkan piawaian perancangan. |
| hard standing | dataran keras | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dataran yang keras dan sesuai untuk dijadikan tempat letak kenderaan seperti dataran konkrit, turapan dan sebagainya. |
| parking requirement | keperluan letak kenderaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bilangan tempat letak kenderaan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan ke atas pemaju berdasarkan piawaian perancangan. |
| asphaltic concrete paving | turapan konkrit asfalt | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Turapan yang mengandungi campuran asfalt daripada agregat halus dan agregat kasar. Campuran ini diratakan dan digelek pada permukaan yang disediakan untuk membentuk permukaan jalan, tempat letak kenderaan, laluan dan sebagainya. Tebal lapisan konkrit asfalt ialah di antara 50 mm ke 100 mm. |
| park and ride | hentian dan jalan | Kejuruteraan | Tiada | Strategi dalam kejuruteraan kenderaan untuk menggalakkan pemandu persendirian meninggalkan kereta mereka di tempat letak kenderaan kawasan subbandar yang berhampiran dengan perhentian bas, rel atau kenderaan-kenderaan awam yang lain, dan menumpang kenderaan-kenderaan ini untuk ke pusat bandar. |
| city government | pentadbiran bandar/pentadbiran bandaraya | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pusat pemerintahan bagi sesebuah bandar yang bertanggungjawab untuk merancang, membangun, menyelia dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di kawasannya. Pentadbiran bandar mempunyai autonomi untuk menggubal undang-undang, menjana sumber pendapatan dan melaksanakan fungsi-fungsi lain yang tersendiri. Antara tanggungjawab asas pentadbiran bandar ialah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan awam seperti pondok telefon, tempat letak kenderaan, tandas awam, taman rekreasi, pasar malam dan kemudahan sanitari. Contoh pentadbiran bandar ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Seremban. |
| parking | letak kereta; tempat letak kereta | Kejuruteraan | Tiada | 1. Letak kereta: Meninggalkan kenderaan untuk tempoh masa tertentu, terutamanya di tempat yang disediakan untuknya.,2. Tempat letak kereta: Kawasan yang dikhaskan untuk meninggalkan kenderaan bermotor. |
| accumulation parking | penumpukan perletakan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Bilangan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta pada sesuatu masa tertentu. |