Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg mengepalai orang-orang di kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
headmanketua kampungSosiologiTiadaTiada
district administration systemsistem pentadbiran daerahPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah pemerintahan bagi sesuatu kawasan khas yang terletak di bahagian-bahagian tertentu di bawah Kerajaan Negeri. Asasnya sistem pentadbiran daerah diperkenalkan oleh pihak Inggeris sejak tahun 1874 lagi bagi mentadbir negeri yang mempunyai kawasan yang luas dan jauh dari pusat pentadbiran negeri. Pentadbiran peringkat daerah mempunyai organisasi tersendiri yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Di bawah pentadbiran satu-satu daerah terdapat beberapa buah mukim dan di bawah mukim pula terdapat beberapa buah kampung. Ketua di peringkat mukim ialah Penghulu manakala ketua di peringkat kampung ialah Ketua Kampung. Pegawai Daerah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi segala bentuk pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung. Sistem pentadbiran daerah diwujudkan sebagai badan penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

administrative countykawasan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Lingkungan wilayah atau zon yang termasuk di dalam sesuatu autoriti atau kekuasaan yang diiktiraf dalam pentadbiran. Ia mempunyai sempadan tertentu bagi memastikan tidak berlaku pertindihan bidang kuasa pentadbiran. Kawasan ini ditadbir oleh seorang ketua yang dilantik khas seperti Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung. Sebagai contoh, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang yang ditadbir oleh seorang Yang Dipertua Majlis Perbandaran.

community relationsperhubungan kemasyarakatanKomunikasiKorporatSalah satu kaedah dan fungsi dalam bidang perhubungan awam yang bertujuan untuk memastikan citra syarikat atau organisasi dan institusi sentiasa berada dalam keadaan positif di mata khalayak, khususnya mereka yang berada di sekitar organisasi. Pendekatan perhubungan kemasyarakatan biasanya dirancang dan disesuaikan dengan budaya dan pola kehidupan khalayak di tempat syarikat atau organisasi beroperasi. Perhubungan kemasyarakatan boleh berlaku sama ada organisasi bersifat proaktif dengan menganjurkan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat berdasarkan permohonan dan bantuan yang disediakan. Sistem perhubungan biasanya dilakukan melalui ketua masyarakat, seperti ketua kampung, penghulu, dan tuai rumah. Terdapat dua cara aktiviti kemasyarakatan dilakukan, iaitu secara terancang dan tidak terancang. Antara aktiviti secara terancang yang kerap dilakukan termasuklah gotong-royong, kemp
micropoliticsmikropolitikSains PolitikPolitik PerbandinganAksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi.

Kembali ke atas