| thermostatic air cleaner | pembersih udara bertermostat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembersih udara yang mempunyai injap bertermostat yang berfungsi untuk mengawal aliran udara masuk melaluinya ke kebuk pembakaran. Semasa enjin sejuk, injap akan membenar- kan udara yang dipanaskan oleh pancarongga ekzos mengalir masuk ke pembersih udara. Injap ini akan tertutup perlahan- lahan apabila mencapai suhu operasinya dan menyebabkan aliran udara masuk seperti biasa. Keadaan ini menyebabkan suhu udara yang masuk lebih tinggi untuk pembakaran yang lebih cekap. |
| turbocharger | pengecas turbo | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gabungan pemampat dengan turbin udara jenis emparan yang dipacu oleh gas ekzos. Komponen pemampat dalam pengecas turbo ini memaksa suatu amaun udara tambahan atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam enjin dan dipacu oleh turbin yang dijalankan oleh aliran gas ekzos. Proses ini menambah- kan isi padu dan tekanan udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tindakan ini meninggikan kecekapan isi padu dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin. |