Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
YUVYUVTeknologi MaklumatTiadaModel warna yang digunakan untuk pengekodan video. Y adalah keluminansan isyarat hitam dan putih. U dan V merujuk perbezaan warna isyarat. U adalah merah minus Y (R-Y), dan V adalah biru minus Y(B-Y). Data YUV perlu ditukarkan kepada RGB melalui proses yang disebut "penukaran ruang warna" sebelum boleh dipaparkan pada skrin komputer. Model YUV ini digunakan kerana penjimatan ruang storan dan penjimatan lebar jalur penghantaran berbanding RGB. YUV adalah setara secara matematik dengan RGB dan bukannya pemadatan RGB. Juga dikenali sebagai video komponen. YUV ditulis dalam pelbagai cara iaitu: (1) Y, R-Y, B-Y, (2) Y, Cr, Cb dan (3) Y, Pa, Pb.
vanadiumvanadiumKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan VB (atau 5) jadual berkala, simbol v, nombor atom 23, berat atom 50.94, 2,3,4 dan 5, takat lebur 1890°C, takat didih 3380°C, berbentuk pepejal mulur, berwarna putih, larut di dalam asid nitrik, asid hidrofluorik dan asid sulfurik pekat, dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu V-51 dan V-50. Vanadium terdapat semula jadi dalam bijih vanadinit, patronit dan karnotit. Unsur ini disediakan secara penurunan vanadium pentoksida dengan kalsium. Vanadium digunakan untuk membuat aloi dan sebatian vanadium, dan digunakan uga sebagai mangkin dalam penghasilan asid sulfurik dan getah tiruan.
ringing (T.V.)garis sisi (televisyen)KejuruteraanTiadahitam putih tersesar hasil daripada ayunan bebas pada sistem.
surplicesurplisKesenianTiada1. Blaus luar longgar, berpelepah kedut, berlengan kembang, berwarna putih, sama ada pada paras lutut atau pinggang. Asalnya dipakai oleh penghuni gereja, kemudian diperluaskan untuk pakaian kanak-kanak, sebagai blaus, dan gaun tidur.,2. Garis leher yang bertindih serong pada bahagian hadapan untuk membentuk garis leher V. Adakalanya dikancing pada bahagian belakang.
surplice cottasurplis kottaKesenianTiada1. Blaus luar longgar, berpelepah kedut, berlengan kembang, berwarna putih, sama ada pada paras lutut atau pinggang. Asalnya dipakai oleh penghuni gereja, kemudian diperluaskan untuk pakaian kanak-kanak, sebagai blaus, dan gaun tidur.,2. Garis leher yang bertindih serong pada bahagian hadapan untuk membentuk garis leher V. Adakalanya dikancing pada bahagian belakang.
health foodmakanan kesihatanMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan atau bahan yang dirumus khas untuk tujuan kesihatan. Makanan ini dikelaskan kepada: (i) Pelengkap diet daripada sumber asli seperti ginseng, bawang putih, dan ekstrak aloe vera; (ii) nutrien individu seperti asid amino, protein ditulen, vitamin, dan garam mineral; (iii) penawar pseudosaintifik seperti enzim, lesitin, dan karnitin; (iv) makanan ditanam secara organik tanpa baja dan racun perosak sintetik; (v) makanan lengkap tanpa proses atau diproses secara minimum seperti bijirin lengkap, beras perang, dan roti mil lengkap; (iv) makanan biasa atau ekstraknya yang boleh melindungi penyakit tertentu seperti saderi, salad, dan teh herba; (vii) makanan diperkaya dengan nutrien.
acid valuenilai asidHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid karboksilik yang terdapat dalam asid lemak bebas dan menandakan tahap ketengikan minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dilarutkan dalam pelarut organik dan hasilan dititrat dengan kalium hidroksida menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 5.610v/w, iaitu v ialah isi padu kalium hidroksida dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai asid piawai bagi sediaan titisan telinga mengandungi minyak zaitun dara tidak melebihi 2.0, lemak keras tidak melebihi 0.5 dan lilin lebah putih di antara 17.0-24.0.

Kembali ke atas