Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
parasit dan perosak tanaman. (BIO, UBAT) accelerated flow (aliran terpecut) Aliran yang halajunya bertambah mengikut arah dalam hidraulik alur. (HID) accelerated rancidity test (ujian ketengikan dipercepat) Ujian yang dikendalikan untuk menentukan hayat simpan relatif lemak atau minyak dengan cara mempercepat pembentukan ketengikannya. Ujian ke- tengikan ini biasanya dilakukan dengan meninggikan suhu, cahaya dan/atau tahap oksigen secara tak normal. Sampel kemudiannya resonator akustik/alat resonans akustik) Peranti berupa kurungan yang dapat menghasilkan resonans gelombang bunyi pada frekuensi tertentu. (FIZ) acoustic room (bilik akustik) Bilik yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menentukan kualiti bunyi yang baik untuk pendengaran. (FIZ) acoustic shadow (bayang akustik) Bayang di belakang objek yang terletak pada lintasan gelombang bunyi yang jarak gelombangnya lebih kecil daripada objek. (FIZ) acoustic

Kembali ke atas