Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.da] | نودا

Definisi : 1. bintik, kotoran (pd baju dll): di­bersihkannya ~ yg ada pd kainnya itu; 2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis ~ ini dr diriku habis-habis;bernoda 1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~; menodai 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, mem­perkosai: kehormatan Normah telah dinodai; ternoda telah dinodai: niat yg suci itu men­jadi ~ apabila disalurkan melalui cara yg hina; kenodaan keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup;penodaan perihal (perbuatan dsb) menodai, pencabulan: dlm cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yg malu setelah menerima akibat ~;penoda orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli kehormatan se­se­orang (perempuan): gadis tersebut me­ngan­­dung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.da] | نودا

Definisi : 1 bintik; kotoran (pd baju dll); aib; cela; nista. bernoda 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. menodai 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Per­buata­nnya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. ternoda telah dinodai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
noda (kata nama)
Bersinonim dengan cacat, cela, aib, nista, malu, keji;,
Kata Terbitan : bernoda, menodai, ternoda, penodaan, penoda,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lain pada permukaannya. Bahan ini boleh didapati dalam bentuk bahan semula jadi atau sintetik. (KEJ) adult (dewasa) Seseorang yang sudah mencapai pertumbuhan fizikal yang sempurna atau matang. (UBAT) adulterant (bahan noda) Bahan kimia atau bahan lain yang dicampurkan kepada sesuatu cecair atau pepejal. Dari segi undang-undang, bahan ini seharusnya tidak terdapat dalam cecair atau pepejal berkenaan. Contohnya, minyak tanah yang material bahan kalis api fire proofing material bahan karsinogenik carsinogenic agent bahan kemoterapi chemotherapeutant bahan kimia chemicals bahan kimia halus fine chemicals bahan kutub polar substance bahan licau glaze bahan noda adulterant bahan organik organic material bahan pembasmi eradicant bahan pembawa carrier bahan penarik attractant bahan pencerna digestant bahan pendingin refrigerant bahan pengaman safener bahan penggalak pertumbuhan growth promoting agent bahan

Kembali ke atas