Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh­-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
amniotome (amniotom) Alat untuk menebuk ketuban. (UBAT) amniotomy (amniotomi) Proses memecahkan ketuban untuk memulakan proses bersalin. (UBAT) amobarbital (Amobarbital) Lihat Amylobarbitone. (UBAT) amoeboid motion (gerakan ameboid) Gerak alih menggunakan kaki palsu (pseudopodium) yang menyerupai ameba bergerak. (BIO) amorph (amorf) Gen mutan yang tidak mempunyai kesan berbanding dengan alel jenis liar. (BIO) ampere balance (neraca ampere) Lihat current balance. (FIZ) amniocytes ampere difosfopiridina) Lihat nicotinamide adenine dinucleotide. (KIM) diphtheroid (difteroid) 1. Bakteria yang mempunyai morfologi yang menyerupai basilus Coryne- bacterium diphtheriae. 2. Ahli genus Corynebacterium selain C. diphteriae. 3. Pseudodifteria atau difteria palsu. dinosaur diphtheroid Kamus Sains.indb 287 7/8/08 11:48:49 AM 288 4. Nama lama bagi organisma yang sekarang ini dikelaskan dalam genus Propionibacterium. (UBAT) dipleurula (dipleurula) Bentuk

Kembali ke atas