Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
aspek bangunan dan perkhidmatan, teknologi binaan dan juga infrastruktur. Antara bidang yang ter- kandung dalam aspek kejuruteraan ialah struktur, bahan binaan, mekanik tanah, perkhidmatan bangunan seperti bekalan air dan sistem pendingin udara. (KEJ) built-up area (kawasan terbina) Peratusan kawasan sesuatu lot yang dipenuhi oleh bangunan. (KEJ) built-up beam (rasuk terbina) Rasuk yang terbentuk daripada gabungan anggota kecil yang disatukan dalam medium yang lain. Nisbah ini dikenali sebagai indeks biasan mutlak sekiranya medium pertama itu vakum. (KIM) refractory (refraktori) Rintangan terhadap rangsangan, rawatan atau terapi drug tertentu. (FAR) refrigerant (bahan pendingin) Bahan yang mengalami perubahan fasa untuk membebaskan atau menyerap haba pendam yang besar sehingga dapat memberikan kesan penyejukan. Con- tohnya, fluorokarbon. (FIZ) refrigerator (alat pendingin) Alat untuk menyejukkan sesuatu bahan

Kembali ke atas