Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
adenina. (BIO) adenine phosphoribosyltransferase (adenina fosforibosiltransferase) Enzim yang bertanggungjawab terhadap sintesis semula AMP daripada adenina dan fosforibosilpirofosfat. (KIM) adenitis (adenitis) Inflamasi kelenjar. (UBAT) adenoblast (adenoblas) Sel kelenjar yang masih pada peringkat muda. (BIO) adenocarcinoma (adenokarsinoma) Sejenis karsinoma yang berasal daripada tisu kelenjar atau yang menyerupai tisu kelenjar. Karsinoma jenis ini dapat dikelaskan mengikut corak susunan selnya yang paling ketara seperti adenokarsinoma untuk mempercepat pengerasan. (KEJ) adobe construction (binaan adob) Binaan yang menggunakan bata mentah atau tanah mentah yang didedahkan kepada cahaya matahari bagi mengeringkannya. (KEJ) adolescent (remaja) Anak yang umurnya mencakupi peringkat baligh, iaitu apabila munculnya ciri-ciri seks sekunder seperti datang haid atau tumbuhnya bulu sehinggalah sempurnanya pertumbuhan fizikal. Tempoh peringkat remaja bagi lelaki bi - asanya 14 tahun hingga 25 tahun

Kembali ke atas