Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu berharga spt intan, berlian yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permata (kata nama)
1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna, topaz, turkois, zamrud.,


Puisi
 

Teluk Jong permata wangsa,
     Dulu tiga Teluk Belati;
Dipatuk tedung haram tak bisa,
     Dijeling janda rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Permata dibalas dengan senjata.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
metamorfus, pegmatit dan batuan igneus serta mempunyai pelbagai warna, bergantung ke- pada jenisnya. Contohnya, korundum biasa berwarna biru digunakan sebagai batu las, manakala korundum tulen kelihatan jernih digunakan sebagai batu permata. (KIM) cost analysis (analisis kos) Kaedah yang digunakan untuk menentukan kos keseluruhan sistem dan mem- bandingkannya dengan faktor anggaran kos bagi satu sistem baru. (KOM) cost per unit capacity estimate

Kembali ke atas